Header Ads

Bawa Pulang Kerja Pejabat Ke Rumah Boleh Bawa Maut?




Menjadi perkara biasa bagi segelintir individu berkerjaya untuk membawa pulang kerja pejabat kerana tidak sempat disiapkan sehingga kadang-kadang rumah menjadi pejabat kedua mereka.

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, kurangkan membawa pulang kerja pejabat atau kalau boleh jangan bawa pulang langsung! Kenapa? Ini kerana penyelidik mendapati amalan ini sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut kerana dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular.

Menurut portal Mail Online, lebih separuh daripada pekerja terutama di bandar mengalami tekanan hidup yang tinggi cuba mengimbangkan antara kehidupan di pejabat dan rumah selain perlu menangani tabiat sentiasa bekerja.

Sebuah kajian mendapati tahap tekanan meningkat apabila perlu menyiapkan kerja pejabat di rumah. Ketua Pegawai Eksekutif BioBeats, David Plans berkata kesan daripada amalan tersebut lebih teruk daripada yang dijangkakan kerana ia mampu 'membunuh'.

“Umum tahu bahawa bekerja sepanjang masa akan menjejaskan kehidupan pekerja. Tetapi kini kita boleh mengesan dan mengukur kesan buruk daripada,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Innovation at AXA PPP Healthcare, Gordon Henderson berkata tekanan bekerja di rumah adalah kesan rumit akibat sentiasa terdedah kepada peranti seperti telefon dan komputer riba.

Menurut Mail Online, buat masa ini syarikat insurans kesihatan sedang merancang untuk memantau kemampuan pekerja dengan tekanan kerja yang tinggi, sama ada ia terjejas akibat selalu bekerja atau ada faktor lain.

Memang bagus menjadi seorang pekerja berdedikasi, namun janganlah sampai keluarga serta kesihatan diri terabai.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.