Header Ads

Pujuk Atau Biar Saja Bila Bayi Menangis? Ini Mungkin Yang Terbaik




Bagi para ibu bapa di luar sana, apakah tindakan anda bila melihat anak kecil sedang menangis? Adakah segera menenangkannya atau membiarkan sahaja ia menangis sehingga si kecil diam sendiri?

Sebenarnya memang ada perbezaan pendapat, seharusnya ibu bapa membiarkan anak-anak menangis dan tidak memujuknya. Ini sebagai salah satu cara melatih anak menangani situasi sukar yang berlaku pada dirinya. 

Dengan mengabaikan tangisan si kecil, anak akan belajar untuk menenangkan diri, begitulah ujar Rebecca Kemptopn, pakar kanak-kanak dan pengasas laman Baby Sleep Pro. 

Adakah anda setuju dengan kenyataan daripada Rebecca itu? Sudah tentu ia menarik perhatian netizen dan menjadi agak kontroversi dengan kenyataan sedemikian. 

Ini kerana ramai yang bimbang jika si kecil dibiarkan terus menangis, ia boleh menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada psykologi mereka.

Sebuah kajian terbaharu daripada pengkaji Australia menemui fakta bahawa membiarkan si kecil menangis tidak menyebabkan mereka stress atau masalah emosional. Sebaliknya tangisan membantu si kecil tidur dengan sendiri dan menenangkan diri sendiri. 

Jadi, sekarang anda sudah tahu apa yang lebih baik kan?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.