Header Ads

Jangan Abaikan Anak-Anak Ketika Mereka Perlukan Perhatian




Setiap ibu bapa yang diberi rezeki dan amanah untuk menjaga anak-anak sudah pasti tidak dapat lari dari tanggungjawab. Menjaga dan mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai ibu bapa yang tidak sedar anak kecil sangat memerlukan perhatian penuh dari kedua ibu bapa mereka. 

Sebagai contohnya ketika mereka ingin bermain-main dengan anda, janganlah sesekali memarahi mereka kerana disaat itu mereka dalam proses mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.

Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa melayan setiap gelagat anak-anak agar mereka tidak merasa tersisih. Ajarlah mereka sesuatu perkara yang betul dan jangan biar mereka menerokai sesuatu yang ingin dipelajari secara bersendirian. 

Kadang-kadang kita penat dengan kerja seharian dan selalu mengabaikan anak-anak kita. Sedarlah, mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa mereka lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak. 

Bayangkan berapa jam kah masa yang anda luangkan untuk anak anda dalam sehari selepas seharian bekerja?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.