Header Ads

Dua Lelaki Gagal Menyelamatkan Diri Maut Dalam Teksi Terbakar




Gagal menyelamatkan diri, dua lelaki rentung selepas teksi dinaiki mereka terbakar di kilometer 2.7 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menghala Batu Kawan, Pulau Pinang pagi ini, lapor Utusan Malaysia.

Mangsa dilaporkan menaiki teksi jenis Proton Persona yang musnah 100 peratus dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu. 

Menurut pihak bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.25 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 8.48 pagi. 

Mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.