Header Ads

Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Selamat Sah Bergelar Suami Isteri




Desas desus yang mengatakan pelawak Jep Sepahtu dan Sari Yanti nampaknya menjadi kenyataan. Mereka berdua selamat diijabkabul pagi tadi dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh rakan-rakan artis.

Menerusi IG Sari Yanti telah memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan Jep sedang melafazkan akad nikah. 

Spekulasi percintaan Jep Sepahtu dan Sari Yanti mula diperkatakan peminat sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di IG. Sari Yanti juga sempat meluahkan perasaannya dengan ungkapan "I Love You" ketika Jep sedang membuat rakaman langsung di IG. 

Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmadi namun telah berpisah pada Disember 2014.

Kredit foto: Sinar FM IG







No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.