Header Ads

Tercampak Dua Meter, Lelaki OKU Maut Dirempuh Komuter




Malang nasib seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) bila dirempuh komuter berhampiran Stesen Komuter Kampung Datuk Harun seterusnya membawa kepada maut semalam, lapor Berita Harian.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Rahim Osman, 76 dan beralamat di Kampung Changkat Cermin, Ayer Tawar, Perak. 

"Mangsa dipercayai tercampak kira-kira dua meter dari landasan selepas dirempuh tren komuter itu. 

"Mangsa, seorang pemegang kad OKU putus kaki kanan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba sejurus kemudian," kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.