Header Ads

Harus Cuba! 3 Khasiat Sengkuang Untuk Dapatkan Kulit Muka Yang Cantik




Sengkuang bukan sahaja sedap dimakan bersama kuah rojak, malah ia juga mengandungi pelbagai khasiat kerana kaya dengan kandungan air. Lebih menarik, ia juga mampu membuat anda kelihatan lebih muda dan cantik! Nak tahu mengapa sengkuang baik untuk wajah anda?

Ini adalah tiga manfaat daripada buah sengkuang yang baik untuk wajah anda.

1. Kuasa Mencerah

Buah sengkuang mengandungi sari pati yang dapat digunakan untuk kecantikan terutama untuk mencerahkan kulit. Jadikan sengkuang yang sudah diparut sebagai masker. Biarkan sekitar 15 minit dan bilas muka dengan air bersih.

2. Mencegah Penuaan

Sengkuang mengandungi vitamin C yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga ternyata mampu mencegah proses penuaan. Caranya adalah dengan menggunakan masker sengkuang pada waktu malam. Lakukannya dengan kerap bagi melindungi kulit dari radikal bebas.

3. Menyegarkan Kulit 

Bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan kandungan air, sengkuang juga mengandungi Vitamin B dan vitamin C yang mampu menjadikan kulit lebih sihat dan segar. 

Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan penggunaan masker sengkuang pada waktu malam ataupun mengambilnya (makan) secara langsung. Ia juga boleh dijadikan sebagai jus.

Sambil menikmati buah sengkuang ini, anda juga boleh merawat kecantikan secara semula jadi. Cubalah! Anda takkan rugi apa-apapun.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.