Header Ads

6 Tempat Ini Paling Berhantu Di Malaysia



Ini adalah 6 tempat paling berhantu di Malaysia. Kebanyakkan kisah-kisah seram/hantu memang berkisar pada tempat-tempat begini. Memang angker jugaklah. Kami kongsikan 6 tempat paling berhantu di Malaysia ni. Jangan pulak korang pergi buat "ghost hunter" pula lepas ni. 

1. Highland Tower


Selepas kejadian tanah runtuh tersebut, pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam.

2. Highway Karak


Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu. Antaranya paling popular kisah VOLKSWAGEN KUNING. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..Kereta ini akan memotong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan tanpa pemandu di dalamnya. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

3. Amber Court, Genting Highland


Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands. Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

4. Taman Tema Mimaland, Gombak


Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.

5. Institut St. Michael, Ipoh


Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini. Kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala sering duduk berdoa menghadap pintu pada waktu pagi.

6. Victoria Institution, KL


Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut. Memang seram!



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.