Header Ads

5 Pelajar di Seremban Dijangkiti Influenza A, Bukan H1N1




Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) hari ini menafikan penularan jangkitan penyakit H1N1 di sebuah sekolah di sini.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Zainudin Mohd Ali berkata, sebaliknya 5 pelajar yang dikatakan menghidap penyakit itu hanya menghidap jangkitan Influenza A.

“Surat yang dikeluarkan pihak Sekolah Sri Seremban bertajuk ‘Makluman Mengenai Virus H1N1’ yang menyebut terdapat penularan H1N1 di sekolah tersebut, dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak JKNS.



“Tanda-tanda penyakit H1N1 dan Influenza A hampir sama, iaitu seperti demam dan selesema,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Dr Zainudin berkata, keadaan jangkitan Influenza A adalah terkawal dan JKNS sentiasa memantau keadaan Influenza Like Illness melalui sistem survelan penyakit berjangkit.

Beliau turut menasihatkan orang ramai jika demam, pesakit hendaklah mendapatkan pemeriksaan kesihatan supaya penyakit dapat dirawat dan dikenal pasti punca jangkitan serta mengikuti nasihat pegawai perubatan.

“Saya juga ingin mengambil perhatian pihak institusi atau sekolah supaya merujuk dahulu kepada Pejabat Kesihatan sebelum mengeluarkan surat untuk mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.