Header Ads

Lelaki Mudah Terkena 4 Jenis Penyakit Ini Tapi Sering Buat Tak Kisah




Lelaki dan penyakit ibarat magnet. Sering melekat jika tidak menjaga kesihatan dan diri sendiri dengan sebaiknya. 

Kebanyakan lelaki tahu akan penyakit yang bakal menyerang tapi tidak menitikberatkan dan mengambil serius apa kesan terhadap penyakit tersebut. 

Empat penyakit yang berbahaya sering serang lelaki tetapi ramai di antaranya hanya tidak mengambil peduli terhadap penyakit tersebut. 

1. Kanser Kolon
Merupakan antara jenis kanser paling kerap menyerang lelaki. Mengikut kajian, perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding mereka yang tidak merokok. Selain itu, pengambilan makanan berlemak yang kerap dan rendah serat juga menjadi antara faktor penyebab kanser kolon ini.

Jika anda berusia lingkungan 30an dan mempunyai berat badan berlebihan, lakukan senaman atau jalani gaya hidup aktif agar berat badan anda stabil kerana obesiti juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser ini. Kanser kolon dan rektum kebiasaannya menyerang lelaki berusia 40 ke atas.

2. Batu Karang
Kira-kira 10% lelaki berdepan penyakit ini yang kebiasaannya menyerang lelaki berusia 30 tahun ke atas. Batu karang terbentuk apabila kepekatan tinggi bahan-bahan tertentu dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

Biasanya air kencing mempunyai bahan yang digelar 'penghalang' yang menghalang pembentukan batu karang. Namun dalam sesetengah keadaan, ia tidak akan berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi kepada lelaki yang kurang minum air kosong. (dehidrasi) Minum air soda atau air manis itu tidak dikira sebagai cecair badan tahu?

3. Sakit Jantung
Penyakit yang paling digeruni lelaki. Jika dahulu hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas berisiko diserang penyakit ini. Namun, penyakit jantung zaman 'moden' sudah tidak mengenal usia sehingga ada yang berusia awal 30an sudah terkena serangan jantung.

Antara sebab sakit jantung ialah dinding dalam saluran darah menjadi sempit akibat dipenuhi lemak, terutamanya kolestrol hingga mengakibatkan bekalan darah ke otot-otot jantung tidak mencukupi. Petua: kurangkan makanan berminyak/bergoreng dan lemak berlebihan dan selalulah bersenam.

4. Parkinson
Kamu perlu berwaspada jika kamu sudah mempunyai tanda-tanda seperti berikut: menggeletar pada jari tangan dan kaki, rahang atau muka dan pergerakan menjadi perlahan. Itu antara tanda-tanda awal penyakit Parkinson.


Penyakit ini kebiasaannya menyerang lelaki yang berusia 55 tahun ke atas.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.