Header Ads

Pondan Ditemui Maut Ditetak Dan Ditembak 3 Kali




Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui maut dengan kesan 3 das tembakan dan tetakan di Jalan Pasar di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mangsa dikenali sebagai K. Selamperasan, 27, berasal dari Mentakab dekat sini, dipercayai maut pada 3.30 pagi.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di kaki lima kedai. Selain ditembak, mangsa juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan dan paha,” katanya.

Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kami menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, sepupu mangsa V. Reenunair, 29, berkata mangsa ingin dikenali sebagai Shameera Krishnan dan mengamalkan gaya hidup wanita sejak 8 tahun lalu.

“Beliau bekerja di sebuah kedai bunga. Saya diberitahu mangsa keluar rumah sekitar 3 pagi untuk membeli makanan dan mahu membeli kad tambah nilai telefon bimbit,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.