Header Ads

Program Isi Minyak Percuma Bermula April




Bermula pada bulan April, setiap penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Wilayah Persekutuan akan mendapat bantuan petrol secara percuma setiap bulan. 

Bantuan ini akan diberi kepada semua penunggang motosikal yang berada di setiap kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya setiap awal bulan bermula April ini.

Menurut Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan, Muhd Razlan,  seramai 117,000 penunggang motosikal disasar menerima bantuan berkenaan sepanjang program itu berlangsung. Bantuan ini akan diberi kepada semua penunggang motosikal tanpa mengira latar belakang selaras dengan usaha kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup tinggi yang menghimpit rakyat.

Menurutnya juga, sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan oleh Pemuda Barisan Nasional untuk menjayakan program ini.

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai program ini akan diumumkan tidak lama lagi.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.