Header Ads

"Aku Sihir Suami Aku Sendiri Kerana Cemburu Buta"




“Tidak lama kau dah nak kahwin Sara. Papa harap Sara jadi bini yang soleha. Jaga suami jaga tingkah laku sebagai seorang isteri. Solat jangan ditingalkan.” Kata Papa kepada ku. Aku hanya tunduk saja. Ya betul tinggal berapa hari lagi aku akan bergelar isteri kepada lelaki yang aku cintai iaitu Rizal.

Percintaan kami sudah mencecah 20tahun baru namun sekarang kami berkahwin. Ini semua Kerna Rizal menunggu ku tamat pengajian di luar negara. Aku tidak tahu kenapa hati ku tidak tertarik sama sekali dengan Rizal tidak seperti dulu. aku selalu memikirkan Rizal curang dengan ku. Mana mungkin dia sanggup menunggu ku sampai 20tahun lamanya. Hmm mungkin juga takdir. aku jadi keliru dengan perasaan ku saat ini.

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari ini aku sah menjadi isteri kepada Mohd.Rizal bin Riduan. Aku diberi sebuah mobil sebagai hadiah perkahwinan ku dengan Rizal dari papa ku dan sebuah rumah banglo milik keluarga Rizal diberi kepada kami berdua. Satu permulaan hidup bagi kami berdua yang baru bergelar suami isteri.

Rizal meminta cuti selama 1bulan kerna ingin berbulan madu dengan ku, tapi aku menolak dan memberi seribu satu alasan. ku katakan lagi cukup lah selama 1minggu 3hari dan juga aku telah memilih tempat ku berbulan madu iaitu di rumah baru kami yang dihadiahkan oleh Mama sama Papa Rizal kepada kami berdua. Rizal akur dengan permintaan ku. Aku semakin pelik. setiap apa yang aku katakan pasti Rizal turutkan saja. Lansung tiada bantahan dari suami ku ini. semakin aku mengesyaki bahawa Rizal ada simpanan lain.

Setiap malam, selepas pulang dari tempat kerja, aku pasti akan mengecek handphone Rizal. Aku takut, suami ku berSMS dengan orang lain. Namun semua ku lihat hanya berkaitan dengan kerja dan juga SMS dari aku.

Aku lansung tidak puas hati dengan semua itu. sampailah satu hari aku bertekad ingin menyihir suami ku sendiri agar dia akan mendengar segala kata kata ku dan akan tunduk kepada ku.

Pada masa itu aku lansung tidak pikir tentang syirik. Aku dikuasai cemburu buta yang teramat sangat. Aku pergi berjumpa dukun Tok Merah. Aku memberitahu Tok Merah tentang hajat ku. Tok Merah menyarankan ku agar aku mempunyai pendamping. Aku lalu mengambil pendamping tersebut tanpa berpikir panjang.

Tok Merah menjelaskan bagaimana hendak menjaga pendamping tersebut. Segala apa yang Tok Merah perkatakan aku hanya menganguk. Selesai saja ku berikan Sampul surat berwarna perang berisi wang 50 sebanyak 100keping. Wang pada ku boleh saja dicari. Namun jika suami ku curang aku pasti menyesal seumur hidup. aku tidak ingin itu berlaku. sama sekali tidak ingin.

Sebulan sudah aku mempunyai pendamping, segala peraturan dan pantang larang aku masih ingat siap aku tulis didalam nota kecil lalu ku simpan diatas almari pakaian kami.

Perubahan ketara pada Rizal sudah mulai tampak. Semakin hari Rizal semakin sayang kepada ku. Apa saja aku minta pasti dipenuhi. aku tahu usaha ku berhasil. tidak sia sia aku pergi berjumpa Tok Merah tempoh hari.

Setahun lebih sudah perkahwinan kami, aku disahkan mengandung. Aku sangatlah bahagia kerna bakal menimang cahaya mata. Kandungan ku disahkan berumur 3bulan. Aku memberitahu Rizal tentang kehamilan ku. Rizal tidak memberi ku bekerja lagi walaupun didalam syarikat Ayah ku sendiri. dia takut terjadi apa apa pada anak pertamanya itu. Aku angkur dengan permintaan Rizal.

Selama aku mengandung, Rizal melayani aku dengan cukup baik. segala kerja rumahtangga Rizal kerjakan sampai lah dia menemukan seorang pembantu rumah iaitu bibik Rina. Aku melihat kesungguhan Rizal menyayangiku. disana barulah aku sedar bahawa suamiku benar benar sayang kepada ku. tanpa menggunakan sihir pun suami ku tetap sayang kepada ku. Aku menyesal kerna pernah menyihirkan suami ku.

Aku bertekad untuk membuang pendamping ku. Aku mencari dimana aku meletakan tangkal yang tempoh hari diberi Tok Merah kepada ku. Aku menemui tangkal tersebut lalu aku membakar tangkal tersebut lalu ku tanam abu abu dari tangkal tersebut dibelakang rumah. sebagai peringtan diatas tanah tempat ku menanam tangkal tersebut aku letakan pasu bunga Rose.

Aku berdoa agar pendamping yang pernah aku pinta pada Tok Merah tempoh hari telah tiada lagi. Aku benar benar ingin bertaubat dan tidak ingin menyekutukan Allah dan mempertuhan syaitan yang menyesatkan manusia. Tapi itu hanya apa yang ku pikirkan. Adakah pendamping tersebut telah hilang?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.