Header Ads

"Aku Tak Pernah Solat, Susah Jadi Orang Islam Dan Langkah Al-Quran" Pengalaman Jadi Pewaris Saka




Nama aku, Minah (nama samaran). Berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Aku nak kongsikan pengalaman aku sebagai pewaris saka tanpa aku ketahui.

Nenek moyang aku dahulu adalah seorang pengamal ilmu salah. Seorangnya adalah bomoh dan seorang lagi adalah bidan. Aku memang sedia maklum tentang moyang aku tu sebab sejak kecil, arwah nenek dah ceritakan tentang “kehebatan” arwah nenek moyang aku. Aku malas nak ulas tentang apa perbuatan nenek moyang aku, tapi aku nak ceritakan tentang diri aku.

Waktu aku kecil, aku tak perasan apa-apa yang jadi pada diri aku. Tapi waktu aku menginjak remaja, aku mula perasan sesuatu. Setiap malam pertama aku datang haid, aku akan didatangi sesuatu dan mungkin meniduri aku sebab aku dapat merasa. 

(Waktu tu aku tak tahu apakah itu. Tapi bila aku dah kahwin, aku tahu apa yang sedang berlaku). Maaf kalau aku agak kurang sopan. Tapi itu yang aku rasa. Aku fikirkan aku bermimpi. Tapi bila setiap kali haid hari pertama aku didatangi sesuatu yang aku tak nampak ketika aku sedang tidur, aku dah mula musykil.

Aku juga suka tidur dalam gelap, langsung tiada sumber cahaya sebab aku tak suka. Tingkap bilik aku, aku akan tutup dengan selimut tebal dan gelap biar cahaya tak tembus masuk bilik aku. Tapi aku tetap rasa tak cukup gelap. 

Aku akan ambil lagi selimut, dan letak di mata aku. Memang gelap segelapnya dan aku selesa begitu. Bila hari tak sekolah, aku akan bangun pukul antara pukul 2 ptg / 3 ptg. Makanan kegemaran aku, ayam goreng separuh masak. Aku sangat-sangat suka ayam goreng yang masih ada darah.

Aku juga suka duduk memerap dalam bilik dan mengadap cermin. Aku boleh duduk mengadap cermin berapa jam lamanya. Aku pun tak pasti apa yang aku tengok, tapi itulah kesukaan aku. Aku juga suka duduk dalam toilet lama-lama. Kalau aku mandi, aku akan duduk dulu atas lantai toilet. Agak dah lama aku duduk atas lantai, baru lah aku mandi.

Aku tak suka dengar orang mengaji. Rimas. Solat pun aku langsung tak buat. Bila mak ayah aku suruh solat, aku akan pegi toilet, pura-pura ambil wudhu’, pastu aku masuk bilik dan kunci. Konon-konon aku tengah solat. 

Pernah aku marah gile ngan mak aku sebab asik bebel aku suruh solat, aku masuk bilik dan kunci sambil aku jerit kat mak aku “susah betul lah jadi orang islam! Aku nak jadi orang ***** macam orang depan (jiran depan rumah yang agama lain). Terus mak aku tampar muka aku. Aku juga pernah langkah Al-Quran sebab sakit hati kena bawak Al-Quran pergi sekolah agama. Ia memberatkan beg aku.

Aku juga sangat-sangat kurang ajar dengan mak aku. Aku tak pasti kenapa tapi aku memang ‘panas’ dengan mak aku. Dengan ayah aku, tak langsung. Dengan ayah aku ngam sangat-sangat. Apa-apa masalah memang aku refer kat ayah aku je. 

Aku taknak dan tak suka mak aku tahu. Ade 1 hari tu, aku gaduh dengan mak aku sampai aku kuar ayat “Lepas nie kau jangan mintak tolong dengan aku lagi sebab aku benci tengok muka kau!”. Tapi mak aku punyalah sabar. Die agak terkesan dengan ayat aku tu sampai seminggu tak bertegur sapa, tapi bila aku datang mintak maaf (sebab ayah aku suruh), dia maafkan aku.

Lepas sekolah, aku dapat sambung belajar kat IPTA kat Negeri Sembilan. Kat situ aku lagi dahsyat. Bertukar-tukar lelaki sesuka hati, ikut lelaki ntah sape2 pegi mane2. Rosakkan rumahtangga orang dan macam-macam lagi lah. Aku bertukar-tukar pasangan sebab aku cepat bosan. Sampai lah sem 3, aku jumpa sorang lelaki. 

Senior kat tempat aku belajar dan kami jatuh cinta. Lama bercinta, sampai lah aku habis belajar, ktorang bertunang. Tapi tunang tak lama sebab ade perempuan lain yang ganggu hubungan ktorang. Waktu tu, tak payah cerita la aku mengamuk macam mana. Dah macam orang gila. Tapi aku tak pernah dapat jumpa dengan perempuan tu. Aku rasa kalau aku dapat jumpa dia, memang aku dah bunuh dia dah.

Lepas kejadian aku putus tunang, mak ayah aku bawak aku pergi umrah. Aku seboleh-boleh tak mahu pergi. Macam-macam alasan aku bagi, tapi dah namanya Allah izinkan, aku pergi jugak. Dalam kapal terbang sepanjang perjalanan, aku punya lah takut sampai berulang-ulang kali aku dok ulang dalam hati “aku jahat tapi aku takut aku tak nampak kaabah. 

Tolonglah kasi aku tengok kaabah”. Aku takut sebab pertama, aku tak pernah solat, kedua, aku pernah langkah al-Quran, ketiga aku pernah cakap bagus jadi orang agama ***** dan keempat, aku derhaka pada mak aku. Aku selalu baca majalah mastika, banyak benda-benda pelik jadi kat tanah suci. Jadi pada orang yang macam aku nie.

Alhamdulillah aku nampak kaabah, dan aku buat semua ibadah. Wallahualam aku tak tau diterima atau tak, tu rahsia Allah. Berapa bulan lepas aku balik umrah, aku dapat kerja tetap. Tak lama lepas tu, ada orang datang meminang. Anak kawan kepada jiran sebelah rumah. Aku malas nak cerita panjang2, aku terima je. Waktu tengah tunang kali kedua nie baru la mak aku dapat detect ada something wrong dalam diri aku.

2 minggu sebelum putus tunang kali kedua, aku dengan tunang aku bergaduh besar. Sebabnya, tunang aku cakap muka aku nampak hitam dan pelik. Aku terus mengamuk. Aku terus kata yang orang lelaki semua sama, semua nak yang cantik. Lepas tu berulang kali dia kata yang muka aku hitam sangat dan lain sangat. 

Aku mengadu kat ayah, ayah cerita kat mak. Pastu aku cakap nak putus, taknak kawin. Dipendekkan cerita, ktorang putus. Yang tunang aku tu, sempat cakap kat mak aku “makcik. Saya rasa pelik dengan Minah. Muka die hodoh betul. Hitam dan lain sangat. Makcik wat la sesuatu”.

Lepas dari tu la mak dan ayah aku bawak pergi berubat. Tapi rupanya kami pergi ke perawat yang salah. Bila balik dari dirawat, aku diganggu dengan teruk sangat. Mungkin sebab benda-benda tu marah kat aku. Aku boleh nampak Pontianak, ular dan macam-macam lagi sampaikan aku jadi macam orang gila. Nampak ape yang orang lain tak nampak. Aku dah tak tahan, aku rayu mak aku mintak bawak aku tempat lain.

Alhamdulillah ada jodoh dengan sorang perawat nie. Sampai je kat rumah perawat, aku taknak keluar dari kereta. Terus aku dirasuk. Aku sedar apa yang berlaku, tapi aku tak boleh nak kawal. Aku sedar aku berkelakuan seperti Pontianak, seperti nenek kebayan, hantu raya dan macam-macam lagi. 

Yang paling aku malu, bila tiba-tiba aku terjelepuk atas lantai rumah, lepas tu terus aku menyusur kat lantai tu macam ular. Siap ada bunyi sssttttt ssssssssstttt. Tu hantu ular. Aku menari inang, bercakap siam, hindu dan macam-macam lagi.

Bila sedar memang letih sangat-sangat tapi aku rasa macam lapang. Rupanya yang ada dalam badan aku adalah saka dari nenek moyang aku. Walaupun takde akad yang mengatakan aku terima saka tu, tapi saka tu turun sendiri tanpa aku ketahui. Bila badan dah bersaka, makanya saka dalam badan nie akan ajak geng-geng lain yang kat luar untuk join huni badan aku. Kira badan aku nie macam kampung la untuk diorang.

Bila semua dah selesai, apa yang jadi kegemaran aku, dah tak jadi kegemaran lagi dah. Aku tak suka keadaan gelap, bila tidur mesti buka lampu tidur. Aku juga dah tak didatangi oleh ‘benda’ tu waktu haid hari pertama. 

Aku juga dah mula loya bila tengok ayam goreng separuh masak dan Alhamdulillah, dengan kuasa Allah dan takdir dariNya, aku mula bertemu jodoh dan berkahwin sampai lah sekarang dan ada 2 orang anak-anak yang comel. Hubungan aku dengan mak aku pun dah elok sangat-sangat dan aku bersyukur sebab belum terlambat lagi untuk aku ubah diri aku.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.