Header Ads

"Anak Kembarku Menghidap Penyakit Jantung Dan Tidak Dapat Dirawat Lagi"




Ketika aku disahkan hamil anak kelapanku usiaku sudah menjangkau 37th.aku juga penghidap kencing manis yg boleh dikatakan hebat la jugak. Terus terang aku katakan aku tidak berminat lagi untuk kelahiran ke 8 ini kerana anak ke7ku baru berumur 1th pada masa itu. 

Tapi apa boleh buat Allah telah takdirkan rezeki ini untuk ku. Aku redha dan pasrah. Memandangkan aku adalah penghidap kencing manis maka aku dan kandungan ku sentiasa dipantau dari masa ke masa. 

Kadang kadang rutin ni membuatkan aku merasa sangat letih. mana tidaknya hampir setiap minggu perlu berjumpa dr. kena chek gula dlm darah 4kali sehari. aku bukannya ada alat dirumh jadi kenalah pergi ke klinik atau hospital berdekatan.

Untuk mendapatkan dos insulin yang sesuai aku telah dimasukkan ke hospital. setelah doktor melakukan ujian ultra sound aku telah dikejutkan dengan berita yang tak kujangka sama sekali. Allah telah berikan rezeki berganda untukku. 

Alhamdulillah!!berita kehamilan kembar ku terus ku sampaikan pada suami dan anak anak ku yang lain. semua yang mendengar tumpang gembira. aku pula mula membayangkan wajah serupa kembar ku nanti. aku begitu teruja menanti kelahiran mereka.

Dipendekkan cerita apabila kandunganku berusia 36minggu aku merasa pergerakan bayi ku semakin berkurangan.aku mengajak suami ku kehospital untuk pemeriksaan. Doktor mendapati salah seorang bayi ku amat lemah. Doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan dengan segera. 

Ketika aku disurung kebilik bedah suami ku tiada disisi. pengumumn dibuat dicorong2 pembesar suara hospital.akhirnya aku nampak kelibat suamiku di pintu bilik pembedahan.dia merenung aku dari jauh.aku cuba menyimpan seribu perasaan yang terbuku.dalam hati ku tuhan saja yang tahu.

Sepanjang tempoh pembedahan dr asyik berbual dgnku.sehinggalah aku mendengar tangisan pertama.ku tunggu pula tangisan kedua namun tidak kedengaran. ku tunggu lagi bayiku diletakkan atas dadaku seperti ank ke 7ku dulu. 

dlm keadaan separuh sedar aku bertanya tentang bayi2 ku namun soalan ku seolah tidak didengari..beberapa hari aku dihospital baru aku diberitahu bayiku perempuan kedua duanya dan mereka ditempatkan di NICU untuk pemantauan.

Sebelum aku kluar wad suamiku telah membawa aku melihat puteri2 ku.dalam masa yang sama dia cuba menerangkan pada ku bahawa bayiku tidak sihat dan aku kenalah banyak banyak bersabar.berpantanglah aku seorang tanpa anak disisi.

Pada hari kesembilan aku dikhabarkan salah seorang anak kembarku sedang nazak.kami bergegas kehospital. kulihat anak syurgaku sedang memandang keatas tanpa bekerdip.betapa sayunya hatiku melihat bayi sekecil itu menghadapi sakratulmaut. 

Segenap tubuhnya ditampal perbagai peralatan. jarum2 berbisa ditusuk merata kaki dan tangannya sehingga tampak berlubang isinya. ya allah begitu azabnya penderitaan mu duhai anak syurgaku. 

aku sempat menamakan puteri ku sebelum dia memejamkan mata. suamiku ucapkan kalimah syahadah ditelinga kecilnya.dengan suara teresak esak aku berdoa yaAllah sekiranya puteriku bisa sembuh kau sembuhkanlah dia jika tidak kau ambillah dia. aku redha dengan ketentuanNya. 

Sebaik sahaja puteri ku terlena buat selama lamanya seluruh ruang NICU terpaksa mendengar tangisan ku yang tiba2 sahaja bertukar menjadi suatu jeritan. Doktor memberitahu bahawa penyakit jantung yg anakku deritai tak dapat dirawat lagi.aku kena kuat kerana seorang lagi sikembar juga menghidap penyakit yang sama.

2bulan lamanya puteri ku dihospital. setiap hari kami tak lupa melawatnya. aku begitu takut akan kehilangan lagi. puteri ku terpaksa dibawa ke IJN bagi mendapatkan rawatan seterusnya. pada usia 60hari puteriku selamat dbedah. segala kepenatan kesedihan dn kepiluan kami tnggung bersama doa dan harapan. 

Sudah hampir sebulan kami berkampung di IJN. ribuan ringgit yg kami bawa hasil dari ihsan sanak saudara dan kawan kawan sudah hampir habis. mungkin esok puteriku dibenarkan pulang. aku begitu rindukan anak anak dirumah terutama anak ke7 ku yg masih kecil.malam itu puteriku asyik menangis sahaja.aku sudah buntu mencari sebab dan berusaha membuat dia tidur walaupun aku sendiri tidak tidur.

Keesokan paginya dr memeriksa puteriku sebelum membenarkan kami pulang. apabila di tekan bahagian dada yang di bedah itu doktor mendapati ada nanah di dalamnya. Allahuakbar patutlah dia asyik menangis tak berhenti henti. 

Setelah ditores maka keluarlah nanah dan darah membuak buak. aku tidak tahan melihat sikecil itu menangis. jika boleh mahu sahaja aku mengambil tempatnya. biarlah dadaku saja yg dirobek. ya Allah aku hanya mampu berdoa dan menangis. puteriku tidak dibenarkan pulang malah di kuarantin di bilik berseorangan kerana bimbang akn ada jangkitan kuman.

Doktor menyatakan jika selepas sempel nanah diambil menunjukkan jangkitan sampai ke tulang puteriku mungkin akan di bedah lagi.Ya Allah berat benar ujian mu..cuma air mata dapat menzahirkan perasaan.

Akhirnya selepas beberapa minggu puteriku dibenarkan pulang.setelah segala kepayahan dan kepedihan kami lalui. Sebelum pulang kami terpaksa akur bahawa pembedahan kali pertama ini bukanlah yang terakhir. Pembedahan ke2 dan seterusnya bakal menyusul nanti. puteriku menghidap penyakit jantung tetralogy of fallot with pulmonary atresia sejak lahir dan memerlukan beberapa pembedahan mengikut keadaan kesihatannya serta memerlukan rawatan sepanjang hayat. 

Kenyataan yang sangat menyedihkan terpaksa kami hadapi. namun aku bersyukur kerana puteriku sudah boleh dibawa pulang kerumah meskipun pada usia 3bulan. kami pulang menaiki bas dari k.l ke alor setar.sepanjang perjalanan aku tidak dapat lelap kerana menjaga puteri tercinta yang sentiasa muntah muntah.

Meskipun perit benar ujian ini aku bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untukku memiliki puteri kembarku walaupun cuma seorang. aku tahu bahawa Allah maha tahu bahawa aku takkan dapat menjaga kedua duanya. padaNya aku bermohon agar diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi semua ketentuanNya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.