Anak Mami Ini Luah Perasaan Nak Hantaran RM20K, Cetus Perang Antara Netizen
Nama Farah Elmo, anak mami yang menjadi trending ketika ini sekali lagi menjadi perbualan netizen. Kali ini kecoh di laman sosial video beliau yang meluahkan rasa kesalnya terhadap lelaki yang mengeluh apabila diminta wang hantaran berjumlah RM20,000.
"Baru letak hantaran RM20k dah bising satu Facebook," katanya. Menerusi video berdurasi 52 saat itu, gadis berkenaan menyatakan kemungkinan sebab keluarga wanita menetapkan nilai hantaran yang tinggi.
Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk memuat naik video serta komen jawapan balas mereka. Tak kurang juga yang menyokong kenyataan gadis terbabit.
"Nak hantaran RM20k? Aku nak kau masak 24 jam, kemas rumah rumah, tidur empat jam saja sehari.
"Hantaran Rm20k sebab nak tengok effort seorang lelaki. Please la nanti dosa kau pun dia tanggung kot, ni tanggung hantaran lagi," antara komen netizen.
Tidakkah menetapkan nilai hantaran yang tinggi akan menyusahkan sahaja? Bukankah lebih baik jika kedua-dua pasangan yang mahu berkahwin berusaha sama-sama. Baru nampak cinta sejati, tak begitu?
Namun, setelah dikecam teruk oleh netizen, Farah Elmo telah memohon maaf dalam satu lagi video oleh beliau.
Post a Comment