Tiga Gadis "Wefie" Gaya Melampau Undang Kecaman Dari Orang Ramai
Golongan remaja sekarang ini dilihat semakin kurang peka tentang kesesuaian sesuatu gambar untuk dikongsi dalam laman sosial. Banyak kali kita dengar atau lihat gambar-gambar yang tidak sepatutnya tersebar di media sosial.
Kegilaan dan ketaksuban sesetengan netizen terutamanya remaja berkongsi gambar "selfie" atau "wefie" sudah sampai ke satu tahap yang membimbangkan. Umum mengetahui, sesuatu perkongsian yang lain dari yang lain dan mempunyai unsur kontroversi memang sangat mudah tertular.
Jadi tidak hairanlah di zaman ini ramai yang sanggup melakukan perkara yang memalukan diri sendiri semata-mata untuk menarik perhatian netizen.
Terbaru, sekeping gambar "Wefie" memaparkan aksi lucah tiga gadis berhijab menjadi bualan hangat dan telah dikongsi secara meluas di media sosial. Mana tidaknya, aksi mereka berposing di atas jalan tar dengan gaya kaki terkangkang luas menadah langit telah menimbulkan rasa kurang senang terutamanya di kalangan wanita.
Ramai menganggap tiga gadis itu sebagai bangang kerana telah mencemarkan imej Islam.
Rasanya perkara seperti ini perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. Sentiasalah luangkan waktu untuk memantau akaun media sosial anak-anak. Bukan apa, takut kegilaan seperti ini akan dianggap sebagai perkara biasa dan menjadi ikutan di kalangan remaja Malaysia terutamanya golongan wanita
Post a Comment