Header Ads

"Balasan Tuhan Itu Wujud, Cuma Cepat Atau Lambat"




Aku berumur awal 20an. Masih seorang pelajar di salah satu universiti awam kat Malaysia ni. Aku hidup bersama dengan 4 orang ahli keluarga aku yang lain.

Mama, kalong, bangah and dakcik. Aku anak yang ketiga, kalang. Bah (Abah) dah lama meninggal. Masuk tahun ni dah tahun yang ke 8. Selama Bah sakit, Bah keluar masuk hospital, Mama yang banyak jaga.

Mama ambik cuti sampai 2 bulan dengan separuh gaji. Aku sangat respect dengan pengorbanan Mama. Sepanjang Bah buat rawatan kimoterapi, Mama, kalong and bangah yang jaga.

Kebetulan, kalong and bangah tengah cuti semester. Aku dan dakcik tak pernah jaga Bah sebab yelah, aku kecil lagi masatu. Kalau doctor explain apa-apa tentang penyakit Bah pun, confirm aku tak paham.

Bah bertarung sakit kanser dia tu sebelum dia meninggal awal 2010 hampir 3 tahun. Mama pesan pada aku, orang baik, Allah selalu ambik dulu. Jujur, Bah sangat baik. Tak pernah dia jentik aku sedikit pun. Jangan katakan aku, adik beradik yang lain pun tak pernah.

Aku ingat lagi pada tahun 2003, adik beradik Mama pernah buat jahat pada keluarga aku. Lepas Mama and Bah kawin, diorang duduk sendiri. Bila kalong dah besar sedikit, Mama and Bah decide nak duduk sekali dengan TokMak and TokYah.

Mama and Bah ada perancangan. Kalau diorang duduk sekali dengan TokMak and TokYah, boleh lah Bah besarkan rumah. Renovate, kasi besarkan dapur. Tapi sebenarnya, adik beradik Mama menentang niat Mama and Bah.

Tahun tu jugak, abang kepada Mama which is Paklong, dia nak menunaikan Haji dengan isterinya. Dia minta Mama and Bah suruh tinggal dekat rumah dia sepanjang dia takda sekali mintak tolong jagakan anak Paklong.

Mama and Bah memang tak perasan langsung niat sebenar Paklong. Jadi Mama and Bah pun duduk jelah kat rumah tu dengan aku dan adik beradik aku yang lain.

Pada satu malam masa aku duduk kat rumah Paklong, Mama dapat panggilan telefon. Aku masih ingat yang aku duduk di sofa sambil melihat Mama menangis seperti orang tidak siuman semasa bercakap di telefon di atas tangga.

Aku duduk diam tak berkata sepatah pun. Apa yang aku ingat Mama ada cakap “mana aku nak tinggal lepas ni? Aku suami isteri takda rumah” Sebenanya yang telefon itu adalah adik Mama. Aku gelarkan dia Mak N.

Dia minta Mama dan Bah serta aku dan adik beradik yang lain keluar dari rumah TokMak and TokYah. Mak N cakap yang Mama tak pandai jaga TokMak dan TokYah.

Mak N cakap lagi, Bah gunakan TokYah untuk kesenangan sendiri sebab suruh TokYah ambik aku balik dari sekolah tadika tiap hari, sedang kan TokYah bukan ambik aku je, TokYah ambik anak dia sekali.

Paling teruk dia cakap kat Mama “terpulang pada kau nak duduk mana. Bawah jambatan ke, bawah kolong ke”. Bukan hanya Mak N saja yang tak puas hati dengan Mama and Bah, adik beradik Mama yang lain pun sama. Kakak Mama (Mak H) dan adik Mama (Mak S).

Tetapi yang paling teruk dikalangan mereka bertiga ialah Mak N. Dia langsung tak hiraukan kami sekeluarga. Yang dia tau, Mama and Bah kena keluar dari rumah TokMak and TokYah sebelum Paklong balik Haji.

Berkat kesabaran Bah, Bah dapat rumah untuk disewa. Tak lama lepas kejadian Mak N marah-marah Mama di telefon kami pun pindah. TokMak and TokYah memang tak cakap apa.

Mereka menangkan Mak N sebab Mak N tu pandai bodek. Jadi TokMak and TokYah mesti cair dengan dia. TokMak ada cakap kat Bah “kalong biar tinggal dengan aku, aku nak jaga dia” tapi Bah tak bagi. Bah cakap “takpa Mak, makan ke tak, minum ke tak biar bawah jagaan saya sebab dia anak saya”

Lepas kami keluar dari rumah tu, takda adik beradik mak sorang pun yang tolong Pak T duduk jauh. Paklong belum balik Haji. Yang banyak tolong, adik beradik TokMak. Merekalah datang rumah baru kami dengan bawak makanan, barang-barang basah.

Mereka tak habis-habis nasihatkan Mama and Bah supaya kuat. Lepas Paklong balik Haji, Paklong jumpa Mama and Bah. “Aku ingatkan aku balik haji benda ni semua settle, rupanya makin teruk” kata Paklong sambil menangis.

Paklong ikutkan memang taknak masuk campur. Untuk pengetahuan, rumah yang baru kami sewa tak berapa jauh dengan rumah TokMak and TokYah. Jadi balik sekolah tetap aku balik sana dulu sebelum tunggu Mama balik kerja ambik aku dan dakcik.

Bila kalong dah besar, kalong ada bagitau Mama. “Mama, sebenarnya setiap kali kalong balik sekolah, kalong dengar Mak S bertelefon. Bila nampak kalong je, dia mesti tak banyak bercakap. Alah, kalong tau apa yang dia cakap. Dia kutuk Mama dengan Bah lah tu” Bayangkan, waktu tu kalong kecik lagi. Tapi dia dah faham apa sebenarnya yang berlaku.

Alhamdulillah, lepas beberapa tahun duduk kat rumah sewa tu, Mama dengan Bah berhasil dapatkan rumah. Rumah baru tu pun masih juga berdekatan dengan rumah TokMak and TokYah.

Dalam tahun 2009 macamtu, Bah ada rezeki lebih. Dia besarkan rumah, tambah dapur dan ruang tamu. Masa tu pun, Bah dah start sakit. Tapi dia gigih jugak turun site tengok keaadaan rumah. Sepertinya Bah tau masa dia dah tak lama.

Dia nak kan sepanjang peninggalan dia yang tak akan kembali tu, Mama, kalong, bangah, aku dan dakcik hidup dalam keadaan yang selesa. Bah siap beli kereta baru lagi. Dan masa Bah meninggal, segala duit yang Mama dapat dari akaun , insurans dan sebagainya tu Mama buat bayar kereta. Mama habiskan segala hutang kereta dan rumah. Kiranya, Bah tak berhutang apa-apa pun. Alhamdulillah.

Sekarang dah menginjak tahun 2017. Bayangkan dah berapa tahun? Ingatan Mama masih segar lagi dikepala. Mama bukanlah pendendam apatah lagi jahat untuk mendoakan yang tak baik untuk adik beradik dia. Tetapi satu persatu masalah timbul.

Mak N yang dulu angkuh bongkak dan sombong hidup melarat. Hutang keliling pinggang. Sampaikan, rumah dah kena jual dan kereta hampir saja ditarik oleh bank. Mak S pulak, tak habis-habis dengan masalah keluarga. Ada saja yang tak kena dengan suami dan anak anak. Pak T pulak dah lama meninggal. Dua tahu selepas Bah meninggal. Mak H pulak dengan masalah suaminya yang sakit sehinggakan selalu keluar masuk hospital.

In Islam, we don’t have Karma. But we have Kifarah. Balasan Tuhan itu wujud, cuma cepat atau lambat. Aku dan keluarga bukanlah mendoakan yang tak baik, kami cuma nak mereka yang terlibat tu insaf dan muhasabah diri. Yelah masing-masing pun dah menginjak ke lingkungan warga emas. Dan sekarang, aku dan family hidup dalam suasana bahagia. Cukup makan pakai.

Alhamdulillah, tiada masalah kewangan pun. Mungkin ini adalah bahagian Mama. Mama dan Bah diuji dengan ujian yang sangat dahsyat sebab Allah dah aturkan kebahagiaan untuk Mama, Bah, aku dan adik beradik.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.