Header Ads

Kos Perubatan Mahal, Doktor Brazil Rawat Luka Terbakar Guna Ikan Tilapia




Siapa sangka ikan tilapia mempunya peranan penting dalam bidang perubatan? 

Dilaporkan doktor di Brazil sedang menguji penggunaan kulit ikan tersebut sebagai pembalut untuk merawat luka terbakar.

Memetik laman Plus55, Dr. Edmar Maciel mengetuai ujikaji tersebut pada mangsa kebakaran. 

"Selepas mereka meletakkan kulit ikan tilapia pada bahagian terbakar, ia sangat melegakan kesakitan pesakit," ujar pesakit, Antonio Dos Santos yang merupakan seorang nelayan.

Idea untuk menggunakan kulit tilapia tercetus bila negara Brazil tidak mampu menggunakan kaedah sedia ada untuk merawat pesakitnya. 

Pengunaan kulit manusia dan haiwan seperti khinzir dilihat sebagai kos yang terlalu tinggi dan sukar didapati di negara membangun itu. 

Menariknya, selain mampu melegakan kesakitan akibat kebakaran, kulit tilapia mempunyai kandungan lembapan dan juga mengandungi protein kolagen jenis 1 dan 3!

Malah, penggunaan kulit ikan dikatakan mempunyai lebih tinggi protein berbanding kulit manusia sendiri. 

Buat masa ini, terdapat 52 orang pesakit telah menerima rawatan tersebut dan mendapat hasil yang sangat menakjubkan, selain tiada satu pun komplikasi teruk. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.