Header Ads

Harga Ikan Kembung "Cekik Darah", Peniaga Laksa Juga Mengeluh




Harga ikan kembung yang melambung naik sehingga RM22 sejak sebulan lalu nampaknya bukan sahaja membuatkan para pengguna gelisah, malah peniaga laksa dan laksam di Alor Setar turut mengeluh.

Memetik laporan Bernama, peniaga kedua jenis makanan tersebut menggunakan isi ikan tersebut untuk membuat kuah laksa tidak sanggup menanggung kos tinggi. 

Seorang peniaga dari gerai Laksa Telok Kechai berkata harga ikan kembung pada masa ini adalah yang tertinggi sejak perniagaannya beroperasi 50 tahun lalu. 

"Saya memerlukan sekurang-kurangnya 120 kilogram ikan setiap hari untuk dijadikan kuah laksa dan jumlah itu bertambah kepada 180 kilogram terutama pada waktu cuti sekolah dan cuti perayaan.

"Jika dulu saya beli ikan kembung pada harga hanya antara RM3 hingga RM4 sekilo, tetapi pada masa ini kini saya terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dan ini sangat membebankan saya," katanya. 

Manakala, peniaga laksan di Jalan Datuk Kumbar, Fadzil Harun berkata kenaikan harga ikan tersebut menjejaskan perniagaannya. 

"Perniagaan laksam memerlukan jumlah ikan yang banyak untuk dijadikan kuah yang pekat. Kalau harga semakin meningkat, ia sangat membebankan kami terutama peniaga kecil," katanya. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.