Header Ads

Minta Sayur Lebih, Dapat "Segunung" Sayur Pun Masih Komplen Lagi





Memang menjadi 'habit' sesetengah orang untuk memesan ekstra itu dan ini bila melibatkan makanan kegemaran mereka di kafe atau restoran. 

"Bang, tambah lebih sambal ya!" 

"Cili potong nak ekstra ok!"

Itulah contoh permintaan yang sering kita dengari bila memesan apa sahaja makanan. Pun begitu, bagi sesetengah restoran memang tak sesuailah meminta ekstra.

Seperti di restoran makanan segera, jarang sekali atau mungkin tidak pernah kita mendengar seseorang meminta salad lebih atau isi burger lebih. 

Namun, itu yang berlaku bila seorang wanita menceritakan bagaimana dia meminta ekstra salad di sebuah restoran makanan segera. 

Yang melucukan, bukan sedikit, malah segunung pula sayuran itu yang didapatinya, seakan perli mungkin!

Wanita dari Singapura itu menulis status di Twitter, "Apa halnya dengan *** (restoran makanan segera), ini bukannya ekstra salad tapi dah jadi macam hutan rimba pula!"

Dia menunjukkan gambar burger yang dipesan dipenuhi dengan salad yang diminta ekstra itu. Meskipun kisah ini agak melucukan namun tindakan wanita tersebut mendapat kecaman daripada para netizen. 

Mereka menganggap wanita terbabit tidak tahu bersyukur dan hanya tahu 'komplen' sahaja!

"Dah dapat lebih pun nak bising."

"Oklah tu dapat lebih daripada tiada apa-apa," begitulah komen daripada netizen. 

Kesimpulannya, bersyukurlah seadanya dan jadilah lebih peka, rasanya tak sesuai kot nak meminta itu dan ini ekstra di restoran makanan segera! Apa pula pendapat anda?


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.