Header Ads

Genap 3 Tahun, Waris Mangsa MH370 Mahu Misi Pencarian Diteruskan




8 Mac 2017 genap tiga tahun kehilangan pesawat MAS MH370 dimana lokasi sebenar bangkai pesawat itu masih kekal misteri. 

Sehingga kini, hanya beberapa serpihan kecil sahaja yang ditemui. Sekaligus waris mangsa tidak dapat mendapat kepastian dimana lokasi sebenar insan tersayang mereka bersemadi. 

"Kami tidak mahu kes MH370 dilupa dan diabai tanpa sebarang usaha" kata salah seorang waris tragedi itu. 

Setakat ini kerajaan telah membelanjakan kira kira RM456 juta untuk operasi pencarian pesawat MH370. Namun misi pencarian telah dihentikan pada Januari lalu selepas usaha meneroka dasar lautan seluas 120,000km persegi gagal memberi sebarang petunjuk lokasi pesawat. 

Operasi pencarian itu disertai oleh Malaysia, Australia dan China dimana pesawat Boeing 777 hilang pada 8 Mac 2014 semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan terhempas di Laut Hindi. 

Namun bagi ahli keluarga tragedi itu, mereka enggan menyerah kalah dan mahu kerajaan terus membiayai operasi pencarian tersebut. 

Sebanyak 27 serpihan termasuk dua serpihan baru yang ditemui di Afrika Selatan dua minggu lalu mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.