Header Ads

Bapa Mithali Ini Akan Menangis Setiap Kali Hantar Anaknya Ke Sekolah




Menggalas tugas sebagai seorang bapa bukanlah semudah yang disangka. Selain mencari nafkah, tugas seorang bapa yang merupakan ketua keluarga tersangat berat.

Bapa yang hebat adalah bapa yang tidak hanya memberi nafkah semata-mata kepada keluarganya, tetapi sentiasa memberi didikan yang sempurna, penyayang, teman terbaik kepada isteri dan anak-anak serta selalu menjadi contoh dalam sebuah institusi kekeluargaan. 

Bercerita mengenai bapa, kisah yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, Shirfan Indra mengenai seorang bapa mithali ini menjadi tular dan telah menyentuh hati ramai pembaca. Jom baca perkongsian yang penuh bermakna ini!

Saya sering ternampak individu ini apabila menghantar anak ke sekolah. Bapa juga sama seperti saya menghantar anak saban pagi ke sekolah.

Namun perlakuan dan tindakannya sering saya perhatikan. Saya kategorikan beliau sebagai bapa yang baik.

Setiap kali melepaskan anaknya masuk ke sekolah, beliau akan memastikan anak yang kemas berpakaian. Beliau akan menunggu di luar pagar sehingga anaknya hilang dari pandangannya. Dalam tempoh itu, dia akan melambai-lambai tangan pada anaknya dan menjeritkan perkara-perkara yang positif pada anaknya.

Sering saya dengar perkataan "focus, focus, focus...", "u can do it" dan pelbagai kata perangsang yang lain. Anak-anak lain juga akan mendengar jeritan bapa ini.

Selepas anaknya hilang dari pandangan, beliau akan mengambil masa 5 minit menunggu. Bila semuanya selesai, barulah beliau bergerak sambil mengelap matanya yang basah saban pagi. Saya fikir, doa panjang berlagu di dadanya...

Bila kali terakhir kita mengalir air mata melepaskan anak ke sekolah... atau bila kali terakhir kita doakan permata hati kita itu...

Perhatikan manusia. Mereka mungkin jadi guru kita tanpa sedar...

Netizen yang membaca perkongsian ini melahirkan rasa sedih dan turut berkongsi kisah pengorbanan bapa masing-masing


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.