Ibu Bapa "Selfish" Parking 3 Lapis Susahkan Pengguna Jalan Raya Lain
Menjelang tengah hari, berduyun-duyun ibu bapa keluar untuk mengambil anak-anak yang pulang dari sekolah. Perkara biasa jika kita tersangkut dalam kesesakan trafik pada waktu puncak ini.
Namun, lebih menyakitkan hati apabila kereta ibu bapa murid sekolah diparkir sesuka hati di tepi jalan. Sebuah video yang dimuatnaik ke dalam media sosial merakamkam gelagat ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri
Dapat disaksikan dalam video berdurasi 11 saat itu, kereta diparkir sampai 3 lapis sehingga menghalang pengguna jalan raya yang lain.
Difahamkan, kadangkala ambulans juga terhalang dan mengalami kesukaran untuk melalui jalan ini. Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan isu ini sudah berlanjutan sejak dahulu lagi.
Netizen yang melihat rakaman ini meluahkan rasa marah mereka kerana sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri sampai menyusahkan orang lain.
Semua orang sayangkan anak dan mahu menunggu kepulangan mereka dengan menyambutnya betul-betul di hadapan pagar sekolah. Namun sedarlah bahawa ianya hanya menyusahkan pengguna yang lain.
Apa salahnya jika anda sebagai ibu bapa mengambil sedikit inisiatif lain bagi mengekang masalah ini dari terus berlaku di sekolah-sekolah.
Post a Comment