Header Ads

Dituduh Mencuri, Wanita Ini Sanggup Buka Baju Buktikan Tidak Bersalah




Sebelum ini banyak kes pernah dilaporkan tentang mereka yang mencuri barang-barang keperluan harian seperti makanan dan sebagainya.

Kali ini, sebuah video tular menyaksikan seorang wanita berbangsa India pula ketahuan mencuri di sebuah pasar basah.

Rakaman berdurasi 3 minit 10 saat yang dimuat naik oleh laman Facebook itu menyaksikan wanita tersebut cuba melarikan dari selepas ditangkap mencuri.

Walau bagaimanapun cubaannya gagal apabila dia dikepung oleh sekumpulan orang di situ. Sambil merayu minta dikasihani, wanita itu juga meraung memberi alasan, "Mahu kencing, ayoooo mahu kencing!"

Apa yang tidak enak dipandang adalah dirinya yang hanya memakai coli dan bertindak membuka skirt pendek yang dipakainya pula.

Mungkin mahu membuktikan yang dia tidak mencuri atau menyembunyikan apa-apa di dalam pakaiannya.



Tidak dapat dipastikan kejadian berlaku di mana namun kebanyakan netizen yang memberi komen tidak menunjukkan rasa marah sebaliknya lebih mengasihani wanita yang seperti terdesak mahu meneruskan hidup.

Ada juga yang sanggup membantu wanita tersebut jika diberikan peluang. Sebagai manusia, kita tidak layak untuk mengadili perbuatan dan tindakan yang dilakukan orang lain. Mungkin wanita itu betul-betul memerlukan dan sangat kesempitan wang sehingga sanggup mencuri.

Walau apa pun, mencuri tetap salah dan berdosa. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa dan sama-sama membantu mereka yang kurang bernasib baik.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.