Header Ads

Gadis Kantoi Nak Bawa Lari Emas, Sempat Kena Cekup Oleh Pekerja




"Bila orang niat tak elok, perilakunya sangat canggung, serba tak kena dan resah. Malah, cara pegang barang juga kelihatan mencurigakan."

Demikianlah kata-kata seorang pengusaha kedai emas dikenali sebagai Kak Maya berikutan kes cubaan mencuri yang berlaku di Kedai Emas Lelong Maya di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kelmarin.

Bagaimanapun, niat seorang gadis cuba melarikan barang kemas di kedai itu gagal apabila salah seorang staf kedai berkenaan sempat menyambar tangannya.

Meskipun sudah 'kantoi' gadis itu tidak mengakuinya, malah dilihat seolah-olah memeriksa poket seluar kononnya ingin membuktikan dia tidak mengambil apa-apa dari kedai berkenaan.


Nasibnya tidak baik dan niatnya kantoi apabila kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kejadian itu. Menerusi entri Maya di akaun Facebook Kedai Emas Lelong Maya, kejadian itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Alhamdulillah semua selamat kecuali suspekkejadian. Bagaimanapun, hanya dua tertangkap sementara yang lain berdesup hilang. 

"Kita serah semua pada polis," tulisnya.

Tindakan gadis itu dikecam netizen yang menyifatkannya 'alim kucing' kerana sanggup mencuri. "Pakai tudung tapi kaki rembat," komen netizen. Begitulah zaman sekarang adakah mencuri disebabkan kesempitan hidup atau ingin duit senang? Apa komen anda? 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.