Header Ads

Ganjaran Lebih Luas Bila Berbakti Pada Ibubapa




Saya berhenti kerja secara rasminya bermula pada bulan julai 2016 . Awal julai saya sudah tidak bekerja ya pada bulan kelahiran saya pula tu. Umpama lahir semula cuba untuk ‘survive’ dalam dunia yang serba serbi perlukan wang.

Jika dikira ditambah tolak sudah 9 bulan tidak bekerja dimana2. Tapi,itu bukanlah bermakna saya goyang kaki sahaja dirumah, siapa yang nak bayar segala komitmen yang telah saya buat sepanjang 4 tahun bekerja kan? adik beradik pun bukanlah orang yang senang untuk menanggung hidup saya.

Kenapa berhenti?

Saya salah seorang pembantu jurutera di syarikat saya bekerja dan dengan rezekiNya 2 bulan sebelum berhenti saya dinaikkan pangkat sebagai jurutera walaupun hanya pemegang diploma.

Ambil keputusan untuk berhenti kerana keadaan kesihatan orang tua saya yang tidak mengizinkan dan semakin teruk, tambahan pula dalam keluarga saya je yang belum berkahwin konsider komitmen saya tidak terlalu berat( nak tanggung anak,isteri,suami) tapi hakikatnya hanya saya yang tahu yerla dengan nak bayar ptptn,takaful insurans,kereta semua ni nak guna duit. Tapi saya berhenti juga mengenangkan mak saya yang terlantar perlu orang uruskan,suapkan makan, minum,salin pampers dan ditambah sakit nyanyuk nya.

Saya pegang satu je, berbakti pada orang tua insyaAllah ganjaran dariNya lebih luas,asalkan kita hambaNya ni berusaha. Ramai kawan-kawan yang risau bila saya ambil keputusan untuk berhenti dan tidak kurang pula ada yang menyokong. Kerana mereka risau bagaimana saya nak menampung kehidupan.

Apa saya buat lepas berhenti?

Sebenarnya sebelum berhenti kerja lagi saya merupakan seorang trader. Ya, forex trader tapi hanya trade secara santai dan bukanlah saya pandai sangat pun. Bidang trading ni dah lama saya ceburi dan hanya belajar sendiri tanpa ke mana-mana kelas. Orang kata kalau tak mampu buat cara tak mampu asalkan rajin usaha kan. kelas-kelas belajar forex ni bukanlah murah-murah pada permulaan saya kenal.

Baiklah, berbalik kepada topik asal. Sebelumnya saya trade biasa-biasa je pendapatan saya sehari 4-5 dolar sekadar tambahan keperluan hidup dan bayar-bayar hutang,adakalanya takda profit langsung. 

Alhamdulillah, semenjak saya menjaga orang tua saya secara sepenuhnya ,trading saya semakin konsistan hasil profit mampu saya gunakan untuk menampung kehidupan dan bayar segala keperluan rumah dah diri walaupun tidak banyak namun mencukupi bahkan lebih selesa berbanding saya makan gaji dulunya.

Bidang rezeki ni luas, banyak dan pelbagai cara kita boleh usahakan untuk berjaya dan teruskan kehidupan. Apa yang penting adalah kita mampu berjasa kepada orang tua kita. Saya ada kebebasan masa untuk uruskan orang tua saya,bila-bila masa yang perlu saya boleh bawa dia ke hospital . Saya cuba lakukan sebaik mungkin untuk dia.

Sebab bila kita berbuat baik kepada keluarga kita terutamanya ibu bapa kita, insyaAllah rezeki kita dan kehidupan kita lebih lapang dan tenang.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.