Header Ads

[VIDEO] CEO Air Asia Jadi Viral Sekali Lagi Selepas Turun Padang Dan Cuci Karpet Pesawat




CEO Air Asia, Tony Fernandes terkenal dengan cara pengurusan yang tidak terlalu formal. Selepas viral video salah seorang pramugara Air Asia yang menari sambil bekerja sekali lagi, Tony Fernandes menjadi perhatian netizen selepas satu video berdurasi 23 saat di muat naik oleh pengguna twitter Aziz Laikar yang juga seorang pekerja Air Asia. 

"Seorang kru tambahan untuk penerbangan AK6306 ke Langkawi. Syabas kerana memastikan semuanya bersih" tulis Aziz di laman twitternya. 

Kru tambahan yang dimaksudkan Aziz ialah CEO Air Asia sendiri iaitu Tony Fernandes. Beliau hanya memakai tshirt dan jeans serta topi merah Air Asia. Dalam video tersebut Tony tidak memeriksa keadaan pesawat tersebut tetapi beliau sedang membersihkan karpet dalam pesawat! 

Beliau kelihatan sangat teliti dan memeriksa setiap bahagian telah dibersihkan dan segala kotoron dibuang. Dalam satu temubual dengan BBC pada tahun 2010, Tony pernah berkata "jika anda hanya duduk di dalam pejabat dan membaca segala laporan, anda membuat satu perkara yang silap".

Selain itu, beliau juga akan meluangkan masa beberapa hari setiap bulan untuk turun padang dan berinteraksi dengan kru kabin serta pekerja Air Asia yang lain kerana beliau menganggap para pekerjanya adalah aset terbesar syarikat. 

"Pekerja adalah nombor satu, pelanggan nombor dua. Jika anda mempunyai tenaga kerja yang gembira, mereka akan menjaga pelanggan anda" tambah beliau lagi. 

Namun, ada juga segelintir netizen merasakan beliau cuba mencari publisiti murahan. Seorang netizen memberi pandangan sekirang Tony Fernandes seorang yang suka mengemas lakukannya secara senyap-senyap tanpa perlu memuat naik gambar atau video. 

Namun, ramai netizen juga memuji kepimpinan yang ditunjukkan oleh CEO Air Asia tersebut.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.