Gara-Gara Curang, Tindakan Wanita Ini Lelong Barangan Bekas Teman Lelaki Dapat Perhatian Netizen
Berdepan pasangan yang melakukan curang, sememangnya suatu pengalaman yang amat menyakit hati buat sesiapa pun tak kira lelaki atau perempuan.
Di Melbourne, Australia, seorang wanita berusia 26 tahun bertindak mengadakan jualan terbuka, menawarkan barangan milik bekas teman lelakinya dengan harga murah selepas memutuskan hubungan akibat mendapati teman lelakinya itu bersikap curang.
Difahamkan aktiviti jualan itu diadakan di kediamannya di Yarra Selatan, tenggara Melbourne, Isnin lalu dengan menggantung poster berbunyi: “Bekas kekasih curang. Semua mesti dijual!”
Memetik laporan Daily Mail, pelajar universiti itu berkata, tindakannya itu adalah cara dia membalas dendam terhadap lelaki berkenaan.
Antara yang dijual ialah pakaian, kasut, permainan video, filem, kelengkapan senaman, buku dan beberapa lagi. Menurutnya, wang hasil jualan itu akan digunakan untuk dia melancong ke luar negara.
Post a Comment