Header Ads

Gara-Gara Daging Biawak Seorang Lelaki Ditetak Rakan Sendiri




Seorang lelaki cedera di kepala ditetak oleh rakannya kerana mempersendakan hidangan daging biawak yang dihidangkan oleh rakannya itu. Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dan suspek sedang minum minuman keras bersama-sama. 

"Punca kejadian suspek marah dengan mangsa, selepas mangsa mempersendakan hidangan masakan biawak yang dihidangkan suspek," kata Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat. 

Suspek hanya menetak sekali ke arah kepala mangsa dengan menggunakan parang dan menyebabkan mangsa cedera ringan. 

Suspek berjaya ditahan 5.30 petang semalam dan merampas sebilah parang sepanjang 33 sentimeter.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.