Header Ads

"Jaga Hubungan Dengan Allah, Mak Ayah Dan Adik Beradik, InsyaAllah Besar Rahmatnya"





Aku anak bongsu daripada sebuah keluarga yang besar. Aku kehilangan ayah sewaktu aku berusia 5 tahun. Waktu aku masuk tadika, aku seorang je yang takde ayah. Sedih time tu tengok kwn aku balik sekolah ayah tunggu kat pagar. 

Tapi aku bersyukur sebab aku masih dikurniakan mak dan adik-beradik yang tak pernah abaikan aku. sepanjang tempoh tu, mak aku besarkan aku dengan hasil duit dari kebun yang ada tu. Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan mak aku tak pernah gagal bagi aku duit belanja setiap bulan sepanjang aku ambil diploma 3 tahun dan ijazah 4 tahun. which is total 7 tahun.

Bila habis study, sementara nak tunggu dapat keje, aku buatlah part time jadi cikgu tadika lebih kurang setahun. Actually bagus jugak didik aku jadi lebih bersabar. lepas tu aku dapat kerja jadi kerani dengan gaji RM1500. 

Alhamdulillah la dpt kerja. lepas aku dah kerja kerani beberapa bulan, mak aku pun cakap la supaya beli kereta. Selama ni aku pinjam kereta kakak aku. dan aku dah buat kereta kakak aku tu accident 2 kali. huhu. nasib baik dia tak marah sebab since dia beli kereta tu, dia langsung tak pernah drive. aku je yang guna.

Bila mak aku asyik mendesak beli kereta aku pun setuju la sebab takkan selamanya nak pinjam kereta kakak aku. Memang dia tak bising tapi aku pun jenis faham bahasa jugak. dah setahun lebih pinjam kereta orang kot. 

Aku pun cakap la nak beli kereta apa mengikut tahap kemampuan aku. tapi mak aku berkeras suruh aku beli kereta yang besar sikit dan of course la mahal sikit. and benda tu masih dalam perbincangan. tiba2 bos aku transfer aku ke department lain dan dia naikkan gaji aku lg rm200. 

Tapi aku still rase aku tak mampu nak bayar installment kereta tu. sebab aku nak byr hutang ptptn lagi. dan aku pun mesti nak bagi mak aku duit sikit. tapi mak aku berkeras jugak suruh aku beli kereta yang besar sikit dengan alasan nanti dah tak perlu tukar2 kereta lagi.

Mak aku siap cakap takpe kalau tak cukup nt mak tolong sikit. aku kalau boleh taknak lagi dah guna duit mak aku. tapi disebabkan kemahuan mak aku, ok takpe aku mengalah dan terus buat permohonan loan bank semua. 

Aku terima dengan ikhlas dan aku pasti insyaAllah ada rezeki nanti. masa aku busy uruskan proses untuk beli kereta tu, aku dapat call dari 1 company untuk datang interview. aku pun pergi tapi aku tak dapat pun job tu.

Lebih kurang seminggu dua camtu kot rasenya, loan bank aku lulus untuk kereta pilihan mak aku tu. dan petang hari kejadian, aku dapat call dari company aritu dan minta aku datang interview untuk job lain. 

Diorang panggil interview untuk job lain tu sebab diorang rasa experience aku lagi banyak untuk job ni. aku pun datang interview esoknya. dan petang tu alhamdulillah aku dapat news yang aku dapat job tu. 

Masa tu aku bersyukur sangat2. sebab gaji yang ditawarkan banyak beza dengan gaji lama aku. dan masa tu aku terus teringat, aku risau sangat pasal installment kereta tu, tapi sekarang Allah dah gantikan kerisauan tu dengan kegembiraan.

Masa tu aku rasa hebatnya bila kau bahagiakan perasaan mak kau even benda remeh. Allah akan permudahkan setiap urusan kita. since dari tu, aku dah memang tak melawan cakap mak aku dan aku berusaha dengar cakap mak aku. 

Tahun ni aku 29 tahun dan masih single. mak aku selalu tanya pasal jodoh begitu jugak orang sekeliling. tapi aku cakap terus terang yang aku memang single. bila orang selalu tanya kita akan jadi pressure. tapi apa yang aku buat adalah jaga hubungan aku dengan Allah juga orang sekeliling.

Dan hadiahnya even aku single, tapi aku ada kawan2 yang selalu ada untuk aku. aku cuba perbaiki hubungan dengan Allah dan juga kawan2. tipulah kalau kadang2 tak kecik ati atau sentap. tapi aku jenis tak ambil serius pun. 

Kawan2 aku cakap aku quite kasar dengan lelaki tapi dengan perempuan aku baik dan lembut. sebab aku lebih mementingkan friendship aku dengan perempuan. aku mmg berusaha utk jaga hubungan baik aku ng sume orang. dan aku rasa aku tenang bila aku berbuat baik dengan orang. hidup buat dipermudahkan. tapi urusan jodoh tu adalah urusan Allah.

Dan sekarang pun aku boleh bagi mak aku duit sikit bulan2 dan kadang2 kwn aku nk pinjam duit pun aku boleh bagi. Alhamdulillah kwn2 aku yang pinjam duit semua jenis bertanggungjawab yang tahu bayar balik. 

Memang aku tak pernah mintak pun tapi diorang yang text aku rasa bersalah bayar lmbat ke ape. tapi sampai masa diorang ada duit, diorang sendiri text aku da transfer. nampak tak dipermudahkan tanpa perlu kau tanya2.

Jadi nasihat aku adalah jaga hubungan kita dengan Allah, mak ayah, adik-beradik dan juga orang sekeliling. kita akan nampak betapa besarnya rahmat Allah tu dan insyaAllah dipermudahkan segala urusan. aku bukanlah terlalu baik tapi insyaAllah berusaha untuk ajdi lebih baik.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.