Header Ads

Makhluk Misteri Dan Berbulu Putih Gemparkan Penduduk Pulau Dinagat, Filipina




Penduduk di sebuah pulau di selatan Filipina digemparkan dengan penemuan bangkai makhluk bersaiz besar berbulu putih terdampar di pantai Cagdainao, Pulau Dinagat, baru-baru ini.

Menurut laporan MailOnline, penduduk tempatan mendakwa, bangkai itu ditemukan tidak lama selepas kejadian gempa bumi yang berlaku di negara tersebut pada Ahad.

Bukan sahaja menarik perhatian ramai penduduk untuk mengambil gambar bersamanya, malah turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk setempat tentang misteri makhluk yang tidak diketahui tersebut.

Ada pihak mengaitkan makhluk itu merupakan Appa, karakter fiksyen yang diambil daripada siri animasi Avatar: The Last Airbender.

Bagaimana pun, menurut saintis tempatan, makhluk misteri berukuran enam meter panjang itu adalah paus carcass yang mencecah berat 2,000 kilogram dan dipercayai bertukar menjadi putih akibat mereput.

Haiwan itu dipercayai mati kira-kira dua minggu lalu, berkemungkinan dilanggar kapal.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.