Hati-Hati Ketika Isi Minyak Anda Mungkin Jadi Mangsa Ragut Seterusnya
Sekarang ini, peragut sentiasa mencari jalan yang paling kreatif untuk mencuri barangan berharga dari mangsanya. Ini adalah mungkin cara terbaru yang diguna oleh peragut yang perlu kita beri perhatian.
Ramai diantara kita yang meninggalkan kereta tanpa berkunci ketika mengisi minyak. Ini kerana kita menyangka yang kita berada dekat dengan kenderaan oleh itu tiada siapa berani untuk mencuri dalam keadaan begitu. Tapi, jika anda fikir barangan berharga anda selamat, fikir sekali lagi.
Sebuah video baru-baru ini telah muncul menunjukkan betapa mudahnya bagi seorang pencuri untuk mencuri barangan tanpa pemilik kenderaan sedar. Pencuri tersebut mengambil peluang apabila pemilik kenderaan berpaling arah dari kenderaan ketika mengisi petrol ataupun ketika sedang membayar minyak sama ada di kaunter ataupun secara kad kredit.
Sumber video berkenaan tidak dikenal pasti namun ianya pasti membuatkan kita lebih berhati=hati ketika mengisi minyak terutama jika berseorang diri. Dari klip terakhir memaparkan pencuri berkenaan mengambil kesempatan melarikan kereta ketika seorang wanita dilihat pergi membayar minyak di kaunter tapi membiarkan kereta tidak dikunci.
Oleh itu, sentiasa berwaspada di mana jua kita berada untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa.
Post a Comment