"Hubungan Kami Ibarat Housemate Walaupun Suami Isteri Akibat Sihir Pemisah"
Nama aku Aju. Umur awal 30an. Dah berkahwin tapi belum dikurniakan anak lg. Kisah aku ni berkisar tentang sihir pemisah yang jadi pada aku dan suami. Aku dah berkahwin hampir 2 tahun dengan suami setelah bercinta selama 10 tahun. Sepanjang bercinta sampailah bertunang semuanya nampak indah. Hubungan kami berjalan lancar dengan restu kedua2 belah pihak keluarga. Kami jarang bergaduh dan semuanya nampak ok aje.
Kisah duka aku bermula selepas kami berkahwin. awalnya suami aku masih nampak normal. Masih lagi nampak penyayang dan cool seperti yang aku kenali bertahun2 dulu. Tapi selepas 2 minggu kami berkahwin, suami kerap mengadu sakit perut.
Dia mula menjauhkan diri dari aku, selalu mengelak untuk dekat dengan aku, selalu cakap rasa panas je dan tidak pernah menyentuh aku.Dari detik tu bermulalah episod hilang kasih sayang daripada suami untuk aku walaupun kami masih bergelar pengantin baru.
Suami aku berubah dari seorang yang penyabar, bercakap lemah lembut menjadi seorang yang panas baran. Pantang silap sikit mula la naik suara dengan aku. Bila aku cuba dekat dengan suami, dia akan cepat2 mengelak atau menepis.
Suami aku bertukar menjadi seorang yang sgt dingin dengan aku. kalau tidur mesti ada jarak antara kami. Kalau aku tersentuh dia mesti cepat2 dia mengelak. Sekarang dia lbh suka tidur kat ruang tamu daripada tidur sebilik dengan aku.
Masalah ni pada mulanya aku anggap normal sbb mungkin baru kahwin nak adjust hidup daripada sorg kpd berdua mungkin perlukan masa. Tapi lepas beberapa bulan aku mula jadi musykil takkan la macam ni keadaannya? Bila aku dah tak tahan sangat stress dengan keadaan ni, aku luahkan masalah ni pada mak aku.
Seriously aku takda niat nak buka aib rumahtangga tapi aku dah tak tahan nak pendamkan sorg2. Mak aku terkejut bila tau cerita sebenar lebih2 lg bila aku mengaku aku masih anak dara walaupun dah berbulan2 kahwin. Mak aku kata aku dan suami nampak bahagia and happy je. Tak sangka pulak aku menderita macam ni.
Lepas parents aku tau masalah aku, diorg bwk aku jumpa ustaz utk berubat. Sesuatu yg sgt mengejutkan aku bila ustaz tu bagitau rumahtangga aku dah disihir oleh org yg sgt rapat dgn kami. Org tu tak suka suami aku kahwin dengan aku. Dia tak boleh menghalang secara terang-terangan, maka dia gunakan cara halus untuk memisahkan kami. Dia buat suami aku terkunci nafsu utk bersama aku dan mahukan kami bercerai dengan cara tu.
Mulanya aku tak percaya dengan ckp ustaz tu. Aku cuba pegi berjumpa ustazah Darul Syifa untuk berubat. Ustazah tu pun ckp benda yang sama; ada gangguan sihir utk memisahkan kami. Kali ni aku betul2 rasa hampa dan kecewa yg teramat bila sebenarnya apa yg aku cuba nafikan sebenarnya kenyataan.
Aku cuba berbincang dengan suami utk sama2 berubat tapi suami aku tak percaya langsung sihir2 ni wujud. Dia menidakkan sekeras2nya yg dia terkena sihir. Dia tak mau langsung pegi berubat. Setiap kali aku mengajak suami berubat, kami akan bergaduh. Suami akan marah2 sambil cakap aku mengarut.
Suami mula mengungkit aku hanya mahukan yg indah2 aje dalam rumahtangga dan aku tak boleh terima diri dia seadanya. Maka usaha aku utk memulihkan kami dari sihir ini gagal disebabkan keengganan suami utk berubat.
Masalah ni masih berlarutan sehingga kini. Suami tetap enggan pegi berubat. Dia masih lg mengelakkan diri dpd aku. Hubungan kami ibarat housemate. Tinggal sebumbung tapi hidup sendiri. Walaupun suamiku sakit mcm ni tapi tanggungjawab yg lain tak pernah dia abaikan. Nafkah aku tak pernah lupa diberi, mkn minum sume terjaga cuma nafkah batin yg tak pernah dilaksanakan.
Aku sygkan suami aku. Aku sygkan rumahtangga aku yang baru terbina ni. Bertahun2 aku tunggu utk jadi isterinya tapi bila dah sah jadi isteri macam ni pulak jadi. Ada masa aku rasa nak give up aje. Dah byk kali terfikir nak bercerai tapi bila aku fikir sedalam2nya, aku tau aku sgt sygkan suami aku.
Adakah berbaloi utk aku terus bertahan dalam rumahtangga yg tak normal ni atau aku perlu lepaskan suami aku supaya kami sama2 temui bahagia dengan kehidupan sendiri?
Post a Comment