Rakaman Ngeri CCTV Dedah Saat-Saat Lori Rempuh Kanak-Kanak Lintas Jalan Gemparkan Netizen
Baru-baru ini, sebuat rakaman CCTV bertarikh 24 Mac mendedahkan satu rakaman kemalangan yang ngeri yang melibatkan sebuah lori melanggar sekumpulan kanak-kanak yang sedang melintas jalan.
Kejadian dilaporkan berlaku di Guilin, daerah GuangXi di China. Mengikut rakaman tersebut 2 pengawal lalu lintas dilihat sedang meletakkan kon keselamatan pada kedua dua arah jalan sebelum lintasan pejalan kaki untuk memberi peringatan kepada pemandu untuk memberhentikan jalan.
Setelah kon-kon tersebut diletakkan, kanak-kanak mula melintas jalan melalui lintasan pejalan kaki. Tiba-tiba sebuah lori yang dipandu laju menuju ke arah kanak-kanak tersebut. Orang ramai terkejut dan ada yang melarikan diri untuk mengelak lori terbabit.
Malangnya, beberapa kanak-kanak gagal untuk menyelamatkan diri dan dirempuh oleh lori terbabit. Kanak-kanak tersebut terlantar tidak bernyawa. Pemandu lori tersebut dilihat cuba untuk memberhentikan kenderaan tersebut sebelum merempuh dan kesan tayar juga turut kelihatan akibat cubaan brek lori tersebut.
Selepas itu pemandu lori berkenaan cuba bersembunyi di dalam lori berkenaan akibat orang ramai yang berang dengan kejadian tersebut. Orang ramai kelihatan memarahi pemandu lori berkenaan untuk keluar dari lori berkenaan. Pemandu lori yang enggan keluar membuatkan orang ramai bertambah berang dan ada yang cuba memanjat lori berkenaan untuk memaksa pemandu lori itu keluar.
Pihak polis yang turut berada di tempat kejadian cuba melindungi pemandu lori dari orang ramai namun tidak berjaya kerana jumlah orang yang terlalu ramai. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berjaya memasuki lori berkenaan dan mula membelasah pemandu lori tersebut. Tidak dapat dipastikan berapa ramai kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Bagi netizen pula ada yang menyalahkan penjaga laluan kerana sikap sambil lewa dengan tidak memastikan semua kenderaan berhenti terlebih dahulu sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut melintas. Walau apa pun, nyawa kanak-kanak yang tidak bersalah melayang akibat kecuaian manusia.
Bagi netizen pula ada yang menyalahkan penjaga laluan kerana sikap sambil lewa dengan tidak memastikan semua kenderaan berhenti terlebih dahulu sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut melintas. Walau apa pun, nyawa kanak-kanak yang tidak bersalah melayang akibat kecuaian manusia.
Post a Comment