Header Ads

Ikan Jerung Tersangkut Di Pukat Nelayan, Jabatan Laut Nafi Amaran Gangguan Jerung Di Pulau Kapas




Jabatan Taman Laut Terengganu berkata tiada amaran mengenai kehadiran ikan jerun di sekitar Pulau Kapas. Ini susulan sekeping gambar yang viral yang dimuat naik menerusi laman Facebook. Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki bergambar dengan ikan yang digantung di Jeti Pulau Kapas. 

Jabatan itu menjelaskan bahawa ikan jerung tersebut ditangkap di kira-kira satu batu nautika dari Taman Laut Pulau Kapas dan bukannya di perairan Pulau Kapas seperti yang diviralkan. 

"Setakat ini, tiada rekod adanya serangan jerung atau kehadirannya dikesan di sekitar Pulau Kapas, mahupun di perairan Terengganu."

Gambar tersebut juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melawat pulau itu kerana kehadiran ikan jerung tersebut. Namun penduduk Marang berkata, ikan tersebut ditangkap nelayan tempatan dua hari yang lalu. 

Ada juga pelancong yang telah membatalkan tempahan sejak gambar tersebut menjadi viral. Walaupun telah dijelaskan bahawa ikan jerung itu ditangkap jauh dari pulau itu pelanggan hotel masih takut. Seorang pengusaha bot berkata ikan jerung itu tersangkut pada jala yang dipasang nelayan. 






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.