Header Ads

"Saya Bergaduh Dengan Suami Dan Lari Dari Rumah..Saya Bersalah Sebab.. "




Saya baru berkahwin beberapa bulan lepas atas pilihan keluarga. Suami saya seorang doktor. Suami saya terlalu sibuk dengan kerja dia sampai tiada masa untuk saya. Dia juga tak memberikan nafkah yang secukupnya untuk saya. Dia jugak kedekut yang amat. Walaupun dia doktor, tapi dia cuma bagi saya tinggal dalam rumah flat biasa jer. 

Kereta pun pakai myvi second hand jer walaupun hati saya teringin nk pakai honda jazz dan tinggal di kawasan perumahan. saya pujuk dia tapi dia cakap yang kami perlu jimat2 dulu sebab kebanyakan duit dia habis untuk kenduri kahwin kami. saya kecik hati dia cakap macam tu. orang lain pun kawin tapi ada je duit. 

Alah takat hantaran yng family saya letak tu takda nk jatuh mmuflis lah. tpi dia doktor kot! bukan kerani. tapi tulah klau dh dpt suami kedekut nk buat mcm mana kan. Banyangkan lah... dengan isteri sendiri pun kedekut. nak jugak pakai handbag baru, tapi dia cakap pakai je dulu apa yang ada jagn membazir. Alah bukan luak pun duit nk belanja isteri bahkan murah rezeki lagi adalah.

Suatu hari tu, saya dapat tau dia renovate dapur untuk mak dia RM10K!!!. ada pulak duit. saya berasa kecik hati sebab untuk isteri dia sendiri dia bagi dapur kecik je. Bila saya tanya dia dpt mana duit? dia cakap dia kumpul sikit2 untuk penuhi hajat mak dia yang nk dapur besar. lagi pun dia cakap yng mak dia dah masakkan untuk dia sejak dia kecik lagi so dia nk balas jasa mak dia. Habis? saya ni macam mana? saya pun nk dapur besar jugak. saya isteri dia kot! patutnya saya pun dpt benda yng sama.

Dia pun tk banyak masa untuk saya. Keluar rumah pukul 6 pagi balik semula pukul 6 pagi besok. Cuti pun tk menentu. Bila balik cakap penatlah apalah pastu terus tidur. Habis saya kat rumah ni apa? Tunggul? Suami orng lain pun kerja jugak. Tapi ada je masa dengan isteri siap pergi travel semua. saya ingat lepas saya kahwin saya dptlah kasih sayang sepunuhnya oleh seorng bergelar suami.. tapi malangnya tak..dia lebih pentingkan pesakit2 dia tu. Macamlah diorang tu nanti yng akan lahirkan ank dia.

Suatu hari kami bergaduh. Sebab dia melampau sangat tk balik rumah sampai 3 hari. Dia cakap dia oncall lah bagai. saya sedih sngt. saya ni apa di mata dia? ingat bibik kerja nk kemas rumah dia je?saya dah tak tahan. saya lari pergi rumah ex-bf saya. Kami dah kenal sejak sekolah menengah. 

Kami sangat rapat. Dialah tempat saya luahkan segala perasaan yang terpendam. bila saya dengan dia saya rasa happy. dia pandai layan saya, amik berat pasal saya tk macam si suami tu. saya mengaku, sebelum saya kahwin dengan suami, saya dn bf saya pernah terlanjur beberapa kali. Tapi kami dh bertaubat. Pernah suami tanya kenapa tkda darah masa malam pertama, saya cakap sebab dulu saya lasak sangat sampai dia koyak sendiri. 

Suami saya pun nak tak nak kena percaya lah. Saya bukan niat nk tipu dia, tapi sebab teringat pesan ustaz yang kita haram memberi tahu suami tentang kisah silam kita sebab akan merosakkan rumah tangga. Yng berlalu biarlah berlalu.

Tapi tipulah ada orang yng sekali bertaubat je dh boleh tinggal maksiat tu semuakan? Mesti ada dugaan punya. Sebab saya masih marah dengan suami, saya terima pelawaan bf saya untuk tidur je kat rumah dia. Yelah, duduk dengan dia ada jugak teman taklah bosan sngt duduk kt rumah sempit tu. 

Bf saya layan saya macam seorang puteri. Dia sngt caring pasal saya. saya mula jatuh cinta lagi sekali sampaikan kami terlanjur. Beberapa kali. Mula2 memang best sebab suami saya pun jarang bagi nafkah batin kepada saya. saya dh ambil keputusan untuk bercerai dengan suami dan berkahwin dgn bf saya. dia janji akan kahwin dng saya bila saya cerai nanti. tapi saya tunggu dulu sampai masa yng sesuai.

Beberapa minggu lepas tu, si suami ni cakap yng dia dh habis houseman apatah, so dia cakap masa kerja dh tk ketat mcm dulu. Dia cuba untuk lebihkan spend time dengan saya. tpi hati saya masih ada apa bf saya. dia cakap yng simpanan dia dh cukup untuk buat downpaymen condo kt penang. hadap laut. saya dalam dilema. saya sayangkan bf saya tapi saya tak nak cerai dengan suami. 

Saya terfikir, perlu ke saya bagi tau suami tentang apa yng saya buat belakang dia. Dia mesti sedih bila dapat tau sebab dia sngt percayakan dan sayangkan saya. Jadi saya merahsiakan hal ini sebab tak mahu rumah tangga saya hancur. Lagi pun kan tk baik buka aib sendiri sebab Allah dh tutupkan dh elok2 kenpa perlu kita bukakan?

Masalahnya, saya disahkan mengandung 3 bulan. saya pun tk sedar sebab bdn saya kecik je. saya tau anak ni hasil saya dengn bf saya sebab suami saya tk pernah lepas dalam. Dia cakap sebab dia nk spen time dengn saya dulu berapa tahun baru dia nk ada anak. saya takut saya buntu. 

Apa perlu saya buat? Perlu ke saya pujuk suami untuk lepas dalam dan berpura2 tu anak kami? Atau perlu ke saya gugurkan? Kalau perlu kat mana saya boleh buat mcm tu? Jangan kecam saya. saya tau saya bukan istri yng baik tpi saya tengah cuba untuk jadi yng terbaik. saya tahu ini semua ujian Allah kepada saya. saya pun dh insaf. saya dh solat taubat. Saya buntu. 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.