Header Ads

"Jangan Bimbang, Allah Bagi Rezeki Mengikut Keperluan Bukan Keinginan"




Aku nak kata sedekah tu takdelah rajin sangat. Kalau pergi pasar malam aku kena set awal awal dari rumah yang aku nak derma. Sebab aku jenis yang takut kalau ada orang approach hulur tabung duit ke apa ke. Memang tepis awal-awal.

Tapi satu yang aku alhamdulillah sampai sekarang buat ialah sedekah pada family. Aku belajar dekat dengan rumah. Dalam 20-30 minit perjalanan so aku stay kat rumah. Jimat sikit belanja. 

Guna kereta family yang dah jadi 75% hak aku sebab aku je yang guna. Haha. Dah masuk sem ke enam aku belajar, duit PTPTN lepas tolak yuran adalah sikit nak makan, nak bayar minyak. Minyak pon share dengan kawan-kawan yang aku angkut dekat hostel. So lebihan PTPTN tu aku share dengan family.

Share tu takdelah sampai bagi duit dekat parents sebab tu belum mampu. Aku just beli makanan guna duit aku, (sebab parents kerja so kadang-kadang aku cari makanan untuk adik-adik), aku hantar dan ambil adik sekolah, belikan barang-barang rumah. 

Bayang kan berbaki dalam +- Rm700 duit PTPTN satu sem, aku boleh share semua tu dengan family. Rezeki Allah, tak pernah aku tak cukup. Sempit tu kadang-kadang tapi selalunya akan ada cahaya di hujung jalan. Gitu.

Dan apa yang aku dapat? Takdelah benda zahir yang hebat yang aku dapat. Maksudnya takdelah dapat duit sedebuk banyak, dapat laptop ke, cabutan bertuah ke apa ke. Aku cuma dimurahkan rezeki. Simple tapi berterusan. 

Kalau apply kerja sambilan setakat ni selalu dapat, kalau beli makanan selalu dapat murah dari orang lain, dipermudahkan dalam pelbagai urusan. Dan adalah benda benda kecil yang tak disangka :)

Aku tahu. Banyak orang dah share pasal nikmat sedekah. Tapi mostly cerita pasal nikmat yang zahir. Jadi pada mereka yang dah banyak sedekah tapi masih tidak terasa nikmat zahir yang orang selalu share, jangan bimbang, Allah bagi rezeki mengikut keperluan, bukan keinginan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.