Header Ads

Gadis Selamatkan Anjing Dilanggar Kereta Buat Netizen Terharu




Tindakan beberapa wanita Melayu beragama Islam membantu seekor anjing yang dipercayai telah dilanggar sebuah kereta menarik perhatian ramai netizen. 

Sesi pertolongan itu telah dirakam dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi akaun Facebook bernama Ziezie Zeyta. 

Ia jelas menunjukkan wanita terbabit cuba membantu seekot ajing yang tidak mampu berjalan dengan baik akibat dilanggar di jalan raya. 

Di Malaysia, umum mengetahui masyarakat Islam begitu sensitif dengan perkara tertentu yang diharamkan dalam agama Islam termasuklah menyentuh haiwan seperti anjing dan khinzir.

Pun begitu, usaha murni beberapa orang wanita ini bukan sahaja mengagumkan malah menyentuh hati ramai masyarakat. Mereka memuji sikap dan keprihatinannya terhadap haiwan yang terbiar dan berada dalam keadaan yang kesakitan. 

Ia sekaligus menunjukkan agama tidak sesekali melarang umatnya untuk membantu mana-mana makhluk yang sedang dalam kesusahan, malah menjelaskan kepada mereka yang sering salah faham terhadap Islam itu sendiri. 

"Inilah contoh muslim yang baik. Very simple, just help bukan cakap kosong."

Dalam masa yang sama, bukan semua pihak nampaknya menyenangi apa yang berlaku. Mereka mengecam perbuatan wanita tersebut yang dikatakan tidak ikhlas membantu.

"Kalau betul ikhlas, tak payah ambil gambar dan post di FB, timbul macam-macam fitnah, kerana nak menunjuk-nunjuk kerja jadi sia-sia," begitulah antara yang bersikap negatif.

Walau apapun, masih ramai yang berasa terinspirasi dengan perbuatan baik yang dipamerkan oleh gadis terbabit. Malah, mereka juga turut menyumbang sedikit wang untuk membantu rawatan anjing berkenaan. Syabas buat semua!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.