Header Ads

Pakcik 76 Tahun Ini Pulang Hampa Dan Kecewa Permohonan BR1M Tidak Lulus




Rintihan rakyat di media sosial susulan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mereka tidak diluluskan semakin menjadi-jadi.

Menerusi perkongsian gambar status permohonan netizen di media sosial, antara sebab permohonan mereka tidak diluluskan kerana "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Dalam pada rakyat menuding jari terhadap pihak tertentu dan meroyan sakan di media sosial ekoran kecewa kerana permohonan BR1M mereka gagal, ada golongan yang lebih kecewa iaitu golongan yang benar-benar daif dan memerlukan bantuan kewangan.

Seorang pengguna Facebook, Zalia Hezlin meluahkan kekecewaannya berhubung keputusan permohonan seorang lelaki tua berusia 76 tahun yang tidak diluluskan permohonannya atas alasan perlu membuat pengesahan (SSM).

"Pakcik ni umur dia 76 tahun, awal pagi sebelum pukul 8 dah tunggu depan pejabat nak buat semakan BR1M," katanya.

Malangnya, Hasil semakan pakcik itu tidak lulus dengan alasan perlu membuat pengesahan pendapatan (SSM).

"Kesiannya melihat raut wajah kecewa dia"

Memang agak kasihan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tetapi gagal menerimanya. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.