Header Ads

Lagi Kes Travelator, Kali Ini Wanita Cedera Jari Kaki Tersepit Di Pusat Beli Belah




Seorang wanita cedera di jari kaki apabila tersepit pada travelator di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya.

Memetik laporan The Star, jurucakap pusat membeli-belah itu memberitahu bahawa insiden tersebut membabitkan seorang wanita berusia 38 tahun semasa menaiki travelator.

"Dia menerima rawatan di hospital kerana keretakan tulang," kata jurucakap itu pada Khamis.

Menurut kenyataan di laman Facebook pusat membeli-belah itu, kejadian berlaku pada pukul 4 petang Rabu apabila wanita berkenaan menaiki travelator di antara aras bawah dan aras bawah tanah.

Gambar berhubung insiden tersebar di WhatsApp menunjukkan sandal kiri milik wanita itu tersepit di trevalator berkenaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan insiden tersebut dan memberitahu pasukannya memberi bantuan kepada mangsa.

Ia berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Sunway untuk rawatan lanjut.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.