Lelaki Ini Kongsi 5 Perkara Yang Buat Dia Mahu Pindah Segera Dari Rumah Mertua
Dalam tempoh hampir 1 tahun aku berkahwin, aku menumpang kasih, hidup di rumah mertua. Hari-hari berulang alik dari UIA ke rumah mertua sebab masa tu masih belum habis belajar lagi.
Masa zaman belajar, kita ni kononnya nak fokus sungguh2 habiskan belajar. Usaha nak cari duit untuk diri sendiri dan isteri tu memang sedikit. Sebab tak pandai. Kawin nak, tapi cari duit tak pandai. Huhuhu. Biasa lah, anak muda.
Dalam tempoh setahun tu, aku menetap di rumah mertua. Masa tu juga, ada ramai adik beradik wife kat rumah. Ramai yang perempuan. Rasa kekok juga tinggal di rumah mertua masa tu, sebab first time kita berada dalam keadaan macam tu.
PENTING!! Bila baca sharing ni, korang kena faham satu benda. Benda ni semua berlaku sebab aku yang pemalas masa tu. Tak usaha untuk cari rumah sendiri. Keluarga belah mertua tak bersalah pun.
>> PERTAMA. Antara perasaan yang paling TAK BEST bila kita berada dalam keadaan tu adalah kita rasa sangat serba salah nak keluar daripada bilik. Sebab takut ipar duai kita ada yang tak pakai tudung. Ye lah, sebab tu kan memang rumah diorang. Bukan rumah aku.
Bila balik dari UIA, dari masjid atau mana-mana pun rasa agak kekok juga bila nak masuk rumah atau masuk bilik sebab nak kena pastikan 'line clear' supaya aku boleh masuk dengan tenang.
Isu aurat ni isu sensitif, bukan isu main-main. Mungkin ada sebahagian keluarga lain yang dah biasa dedahkan aurat (rambut, lengan, pakai seluar pendek dsb) kepada ipar duai.
Pada masa sama, kita kena faham. Ada orang yang jenis tak kisah dedah aurat ni, tapi ipar dia tak selesa kalau dia tak tutup aurat kat rumah. Sebab haram untuk dia nak tengok bahagian-bahagian tersebut. Tapi perkara ni tak berlaku dalam keluarga belah mertua, alhamdulillah semua ada sensitiviti bab aurat ni. RESPEK!
So korang boleh bayang betapa lecehnya bila nak keluar masuk bilik, keluar masuk rumah dalam keadaan macam tu. Sangat susah dan pergerakan kita sangat terbatas.
Bayangkan bila aku nak masuk rumah je, wife atau penghuni rumah terpaksa jerit "FADHIL NAK MASUK!!". Lepas tu semua bertempiaran cari tudung.
Kita ni kalau nak pakai pakaian selekeh sikit pun susah. Huhu
>> KEDUA. Bagi suami yang tinggal kat rumah mertua, perasaan kedua yang paling kita rasa TAK adalah kita BUKAN KETUA KELUARGA.
Kita tak ada kuasa nak kawal rumahtangga kita sendiri sepenuhnya bila kita dok rumah mertua. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam dunia ni mana ada 2 orang raja memerintah sebuah negara. Raja mesti kena ada seorang sahaja.
Begitu juga bila kita tinggal rumah mertua. Kita tak boleh buat keputusan yang muktamad. Kita kurang kebebasan untuk buat keputusan sendiri. Duk dalam rumah pun rasa macam takut-takut. Nak makan pun, kena tunggu orang tua makan dulu walaupun masa tu dah lapar sebab baru balik dari UIA atau lepas buat kerja.
Kita ni pula terpaksa terima arahan dengan rela hati. Benda ni OK kalau berlaku sehari dua je kita menumpang rumah orang tua. Normal lah sebab kita memang sepatutnya kena tolong orang tua kan.
Kita duk rumah mertua, rasa rumah tu bukan tempat kita. Sebab memang bukan rumah kita pun. Kita ni menumpang je. Tapi kalau dah setahun macam tu, sangat-sangat menganggu emosi dan rasa tak selesa. Rasa bergolak dan ada konflik dalam diri.
Suami ni secara fitrahnya ego dia tinggi. Bila dalam keadaan macam tu, kita seolah-olah berlawan dengan diri sendiri.
>> KETIGA. Rasa susah nak berkembang sebab kita hidup atas ihsan orang lain. Tempat tinggal pun orang lain nak kena bayarkan. Bil api dan air pun orang lain bayarkan. Makan minum pun sama. Silap-silap, pampers dan susu anak pun mertua belikan kalau dok rumah mereka lama sangat.
Kita rasa seolah-olah kita ni orang yang tak bertanggungjawab. Rasa diri macam pemalas dan tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut.
Nak buat kerja pun jadi malas. Tak ada 'pushing factor' yang memaksa kita untuk kerja keras. Sebab kalau kita buat duit atau tak buat duit sekalipun, tempat tinggal masih lagi 'secured'.
>> KEEMPAT. Salah faham mudah berlaku. Bayangkan keadaan kat bawah ni.
Bila kita nak tidur siang pun kita rasa bersalah, takut mertua rasa kita pemalas. Bila kita duduk dalam bilik waktu siang pun kita takut orang tua fikir kita ni tak buat apa-apa. Bila ada kat luar bilik pula, rasa tak selesa sebab takut ipar duai tak tutup aurat dengan sempurna.
Bagi orang perempuan yang duk rumah mertua pun mesti rasa camtu. Ada masa kalau tak masak, kita takut mertua rasa kita ni pemalas. Padahal bukan macam tu. Kita tak masak kadang-kadang sebab penat sangat ada urusan lain yang dah dibuat sebelum tu.
>> KELIMA. Rasa terhutang budi dengan keluarga.
Banyak keadaan, orang tua bukan nak berkira sangat pun kalau kita duduk rumah diorang. Tapi biasanya kita sendiri yang akan rasa macam kurang selesa.
Rasa terhutang budi sangat sampai kita tak boleh nak buat apa-apa. Ada 'bahayanya' kalau kita terlalu berhutang budi dengan orang. Sebab apa yang orang tu cakap, kita rasa kita terpaksa buat.
Ada masa, kita tak boleh nak cakap "TIDAK" walaupun kita taknak benda tu berlaku.
Contohnya, guna nama kita/pasangan untuk beli kereta secara ansuran. Atau jadi guarantor untuk pembelian kereta. Kalau boleh, kita taknak ambil risiko tu. Tapi disebabkan terhutang budi, susah nak cakap TIDAK dalam keadaan macam tu. Ni contoh je. Mungkin ada kes yang lebih teruk di luar sana.
So ni adalah 5 perkara yang buat aku rasa "AKU WAJIB PINDAH SEGERA" walaupun aku baru dapat kerja dan tak ada duit lagi. Aku terpaksa BERHUTANG!
Walaupun masa tu pernah dikecam orang kata, "Itu lah, tak penyabar nak pindah cepat-cepat. Dah nak kena pindah lagi". Tapi aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku ambil, sumpah.
Itu adalah keputusan yang paling bijak pernah aku ambil dalam hidup. Keputusan ni juga yang terus bagi aku motivasi dan 'push' aku untuk terus berusaha keras untuk cari kesenangan dunia dan cari ganjaran akhirat.
Tapi pada masa sama, aku sangat bersyukur atas peluang dan ihsan mertua kerana sudi bagi aku menumpang sepanjang Setahun tersebut. Moga Allah ganjari mereka dengan balasan yang jauh lebih baik di dunia dan akhirat.
Tanya pada kawan-kawan yang dah kawin tapi duk rumah mertua, ada rasa macam ni tak? Aku yakin paling tidak mesti salah satu 'kena' dengan kehidupan diorang.
Walaupun sekarang korang mungkin sekarang terpaksa duk rumah mertua. Tolong elak daripada PJJ (perkahwinan jarak jauh/suami isteri duk asing) semampu mungkin kecuali kalau dah terpaksa. Penting suami isteri tinggal bersama tau walaupun sementara ni terpaksa menumpang.
Kalau korang kawin masa belajar di universiti sekalipun, usaha cari rumah sewa atau bilik sewa murah kalau ada. Duit tu insyaAllah akan datang sendiri nanti. Nak tak nak, korang terpaksa cari jalan untuk bayar sewa rumah tu juga nanti. Huhu. Siapa suruh nak kawin masa belajar. Padan muka!
Sebab awal-awal perkahwinan ni lah tempoh untuk korang nak mula berkenalan antara satu sama lain.
Banyak kes aku dengar bila suami tinggal berasingan dengan isteri untuk tempoh yang panjang, banyak perkara yang tak diingini boleh berlaku. Sebab bila dari awal duk asing, emosi dan attachment antara suami dan isteri tu boleh jadi semakin renggang. Suami tak faham isteri. Isteri tak faham suami. Sebab apa? Sebab tak dok sama lah. So korang sendiri faham2 la apa yang boleh berlaku lepas tu.
Usaha cari rumah sendiri sahabat-sahabat semua. Allah bagi jalan keluar bila korang kuat berusaha cari rumah sendiri, tambah pendapatan dan banyakkan berdoa. Jaga solat, jangan tinggal solat, hidup korang pasti akan jadi lebih baik lepas ni.
Hidup korang akan berubah bila tinggal di rumah sendiri. Jangan demand sangat, gaji kecik nak duk rumah kondominium mewah. Cari lah rumah yang mampu sewa. Kat KL ni ada je lagi rumah pada kos RM500-600 sebulan. Kalau usaha cari sungguh2 dengan pelbagai cara, insyaAllah jumpa nanti. Kalau nak, mesti ada jalannya.
Malas usaha dan bertindak memang tak akan dapat apa-apa, habuk pun tadak! - Wan Ahmad Fadhli
Post a Comment