Header Ads

Penyu Telan Hampir 1,000 Duit Syiling Mati Akibat Keracunan Darah




Hasil menelan hampir 1,000 syiling seberat 5 kilogram yang dilempar oleh para pengunjung, penyu betina yang ditempatkan di sebuah kolam di Wilayah Chon Buri menarik perhatian media antarabangsa sebelum ini.

Dilaporkan, para pemberita sentiasa menantikan maklumat terkini mengenai reptilia itu sejak tersebarnya berita tentang keadaan kesihatannya yang merosot beberapa hari lepas.

Memetik laporan Bangkok Post, baru-baru ini berita menyedihkan apabila reptilia itu, yang dikenali 'Omsin' atau 'Piggy Bank' di Thailand telah diumumkan mati akibat keracunan darah Selasa lalu pada 10.10 pagi. 

Pengumuman itu dilakukan oleh Nantarika Chansue, pakar veterinar di Pusat penyelidikan Akuatik, Chulalongkorn University. 

Penyu berusia 25 tahun itu dijaga rapi oleh Nantarika dan pasukannya sejak mereka melakukan pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan syiling seberat 5kg daripada saluran penghadamannya awal bulan ini.-


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.