Header Ads

Lelaki Mengamuk Pecahkan Pintu Kedai Digi Kerana Kredit Cepat Habis




Berikutan bengang jumlah kredit telefon bimbitnya dipotong oleh syarikat telekomunikasi DIGI, seorang lelaki berusia 30 tahun mengamuk di dua pusat khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi petang kelmarin.

Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak kira-kira 1.45 petang, suspek yang menggunakan kayu golf bertindak memecahkan pintu kaca pusat khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi di Jalan Wong King Huo, sebelum merosakkan beberapa telefon bimbit dipamerkan.

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat pelanggan syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas kejadian tersebut berlaku, pihak DIGI memaklumkan hasil tindakan mengganas lelaki tersebut telah mengakibatkan seorang pengawal keselamatan cedera dan jumlah kerugian yang dialami dianggarkan lebih RM30,000. 

Polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang semalam. Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu juga turut dirampas.

Suspek direman mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan melakukan ugutan jenayah serta perbuatan khianat. 

Jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.