Header Ads

Pagi Bertunang, Petang Nikah Mat Dan Selamat Bergelar Suami




Mat Dan, lelaki mat saleh berasal dari Bristo, England yang fasih loghat Terengganu hari ini selamat bertunang dengan seorang gadis melayu di Bukit Chendering. Ibu bapa Mat Dan Kevin dan Nicol Tyler turut hadir di majlis tersebut. 

Gambar yang viral di media sosial memaparkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju biru dan bertudung ungu lembut. 

Majlis pertunangan dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan diadakan secara sederhana mengikut amalan tradisi Melayu bagi menghormati permintaan pasangan tersebut. 

Menurut laporan BH Online, Mat Dan selamat bernikah petang tadi dengan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari selepas majlis pertunangan mereka yang berlangsung pagi tadi

Identiti gadis tersebut terpaksa dirahsiakan kerana mahu menjaga privasi gadis tersebut. Januari lalu Mat Dan dilaporkan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu dan dipercayai untuk majlis pernikahannya hari ini. 

Antara gambar yang dikongsi di sosial media termasuk ketika Mat Dan diakad nikah dan ketika pasangan tersebut sedang makan beradap. 

















No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.