Header Ads

Nenek Berusia 99 Tahun Gembira Masuk Penjara Kerana Impian Tercapai




Pelik tapi benar, impian seorang nenek selepas sekian lama untuk dipenjarakan tercapai pada usia beliau 99 tahun. 

Dikenali sebagai Annie, beliau kelihatan amat gembira apabila tangannya digari dan ditahan polis di balai polis Nijmegen Zuid , Amsterdam.

Annie sebelum ini memberitahu keluarganya dia mahu merasai pengalaman masuk ke penjara dan keluarganya menyampaikan hasrat wanita itu kepada polis. 

Pegawai polis di balai Nijmegen Zuid bersetuju memenuhi impian Annie yang tidak pernah melakukan jenayah dengan membenarkan dia duduk di dalam lokap.

Beberapa keping gambar menunjukkan Annie dengan bangga menunjukkan tangannya yang digari ketika duduk di dalam lokap.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.