Header Ads

Nike Tampil Hijab Khas Untuk Muslimah Yang Aktif Bersukan




Sebut sahaja Nike, semua orang sudah terbayang koleksi keluaran satu jenama sukan yang mahal dan mewah selain terkenal di seluruh dunia.

Pun begitu, para atlet muslimah dari seluruh pelosok dunia sukar mendapatkan tudung yang sesuai dan selesa untuk aktiviti lasak. Oleh itu, Nike kini menampilkan koleksi Nike Pro Hijab yang dibuat daripada fabrik jaring-jaring yang 'strechable' dan tahan lasak.

Hijab ini mengambil masa setahun untuk disiapkan di mana reka bentuknya adalah hasil daripada maklum balas atlet Muslimah profesional. Sementara itu, jurucakap Nike Megan Saalfeld berkata hijab ini direka kerana mendapat permintaan tinggi untuk produk sebegini.

Koleksi Nike Pro Hijab akan menyerbu pasaran global bermula musim bunga tahun hadapan dan bakal ditampilkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, kelabu serta obsidian.


Baguslah kalau syarikat pengeluar barangan sukan gergasi seperti Nike menyedari akan kepentingan hijab kepada atlet Muslimah. Diharap banyak lagi pengeluar akan mengikut jejak langkah Nike!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.