Header Ads

"Ini Ibu Saya Dan Dia Juga Bapa Saya" Ibu Menyamar Jadi Lelaki Demi Anak




Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah apabila mereka perlu memegang peranan sebagai ibu dan ayah pada masa sama. Begitu juga dengan Whitney Kitrell dari St George, Utah di Amerika Syarikat yang menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu.

Menerusi akaun Instagram dan Facebook Whitney, dia memuat naik sebuah entri menceritakan pengalamannya 'menyamar' sebagai lelaki demi menghadiri sebuah acara ramah mesra bapa dan anak iaitu 'Dads and Doughnuts' di tadika anak lelakinya.

Pada awalnya, Whitney bertanya jika anaknya mahu mengajak datuknya ke acara itu, tetapi dia menolak sambil tersenyum.

"Tak mahu, saya nak ibu yang pergi sebab ibu ialah ibu dan ayah saya," jawab anaknya seperti ditulis Whitney.

Berikutan permintaan anaknya itu, Whitney memutuskan untuk berpakaian seperti lelaki dan rambutnya disembunyikan di dalam topi selain melukis janggut dan misai palsu.

Ibu tunggal itu betul-betul berasa malu dan janggal, tetapi dia sangat gembira apabila anaknya memperkenalkan Whitney kepada kawan-kawannya.

"Ini ibu saya. Dia juga bapa saya, sebab itu saya bawa dia!" tulis Whitney.

Perkongsian itu mendapat 230 ribu 'like' dan hampir 115 ribu perkongsian.Begitulah kasih seorang ibu yang sanggup melakukan sesuatu di luar zon selesanya demi anak kesayangan.Apapun, semoga anak Whitney membesar menjadi anak yang mengenang jasa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.