Header Ads

Telur Busuk Dan Penuh Ulat, Pengguna Geram Dah Terkena Banyak Kali





Kita pasti akan marah dan kecewa sekiranya barangan runcit yang dibeli terutama untuk dibuat makanan bukan saja rosak malah berulat pula.

Seorang netizen mendedahkan perkara yang terjadi kepada beliau menerusi laman sosial. Dia membeli telur ayam disebuah pasaraya di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan terkejut melihat telur tersebut busuk dan dipenuhi ulat.

Dia mempertikaikan tindakan pengurusan pasaraya berkenaan yang tidak peka dengan hal terbabit. Yang lebih dikesali adalah telur tersebut bukanlah barang diskaun atau jualan penghabisan stok.

"Rasanya berapa orang pelanggan dah terkena macam kami? Ini bukannya telur yang dijual murah, punyalah ingat nak ambil yang elok kat dalam kotak, tengok-tengok jadi macam ini juga," tulisnya.


Kesimpulannya, sentiasa berwaspada ketika membeli bahan makanan terutamanya. Mungkin ada banyak perkara yang berada di luar kawalan para pengguna, namun dengan sikap lebih berhati-hati perkara begini dapat dikurangkan dan dijauhi


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.