Header Ads

"Orang Jeling Dan Geleng Kepala Seolah Kami Tak Reti Kawal Anak"




Saya ex-student UIA. Berumur 25 tahun dan ibu kpd 2 org anak yg berumur 2 tahun dan 7 bulan setengah. Ramai young parents di sekeliling kami. Ada yg dah beranak lebih 1, ada yg baru 1. Ada yg masih lg hamil.

Dulu waktu zaman muda2 dan blm kahwin, kalau kt restaurant atau train etc, ada budak2 yg tantrum, kita msti jeling atau kerling dan ckp..

‘Kalau anak aku, da lama kena cubit.’

‘Apa lah mak bpk dia biar dia jerit pekik mcm tu.’

‘Bisingnya. Org nk mkn dgn tenang pn tk blh. Tk pyh bwk keluar la kalau anak perangai mcm ni.’

Saya pernah ke kelas bwk ank saya yg sulung dan mengandung dlm masa yg sama. Alhamdulillah ustaz saya sgt memahami bila ank saya merayau2 dalam kelas dan main2 dan bising. Saya minta maaf pd semua kalau ada yg fikir da tau ada anak dan mengandung, buat apa prgi kelas lagi. Menyusahkan mereka yg tgh belajar. Saya fhm mereka tk selesa. Saya minta maaf ats sbb tu.

Tapi saya dah tamat pengajian, dan saya nak sgt belajar lagi jd saya ke kelas kecil2 mcm ni. Saya jgk inginkan ank saya terbiasa dgn kelas2 agama sebegini.

Pernah ada sorang makcik tersebut ‘tsk’ waktu ank saya tiba2 tantrum dlm kelas dan saya trpaksa bwknya keluar.

Ini tk tamat setakat dlm kelas. Mkn di luar, mmg kebiasaan suami saya akn hbskn mknn dia dulu dan layan ank saya jalan2 di luar restaurant. Waktu ank nk mkn, mmg tkde masalah, tkde tantrum.

Perkara seperti org2 sekeliling menjeling, menggelengkan kepala, dan melihat seolah-olah kami ni ibu ayh yg tk reti mengawal anak, dah sebati dgn diri kami. Hati mmg terkoyak. Rasa bersalah ada. Rasa sedih ada.

Ank saya yg sulung skrg diletak di childcare sbb saya bekerja sepenuh masa. Yg baby neneknya yg jaga.

Keadaan begini terjadi bkn hanya bila ank saya menjerit atau tantrum di khalayak ramai. Saya bwk pram krn ank saya jenis bila berjalan tdk mahu dipimpin dan akn berjln merata semahu dia.

Saya pernah dijeling, dimarah oleh org awam ketika menaiki train yg sesak pd waktu petang sambil membawa pram yg tentunya memakan ruang. Percayalah kalau saya ada kereta, ada pilihan, saya tk bwk anak saya naik train dlm keadaan sesak mcm tu.

Dtiolak, dilanggar, tak diberi laluan, dah jadi mcm makanan harian. Mmg kena byk sabar. Tp sedih tu mmg tak terkata sbnrnya.

Pd mereka yg blm berkahwin, blm mempunyai anak, ada anak tp anak mereka tk sebegini kelakuannya, atau tak pernah menghadapi situasi mcm ni, saya minta tlg memahami keadaan si ibu dan ayah. 

Mereka bkn tdk blh mengawal. Mereka tgh cuba sedaya upaya utk mengawal. Anak2 mereka sdg membesar dan sdg dididik. Maka bantu lah walau sekadar melemparkan senyuman.

Kdg2, senyum pun dah memberi kekuatan utk ibu dan ayh yg sdg menghadapi situasi ini.

Mohon mendoakan anak2 saya dan jgk kanak2 di luar sana agar membesar menjadi manusia yg beradab, sopan dan penuh tata susila. In sya Allah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.